Tangkap layar akaun Twitter Azmin palsu tersebar

Satu imej tangkap layar akaun Twitter milik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali palsu didapati tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.
Satu imej tangkap layar akaun Twitter milik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali palsu didapati tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.
A
A
A

SHAH ALAM - Satu imej tangkap layar akaun Twitter milik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali palsu didapati tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurut petikan dalam tangkap layar akaun Twitter palsu itu: "PM @chedetofficial berikrar akan berkhidmat hingga ke akhir hayat demi umat dan negara. Alhamdulillah teruskan khidmatmu Tun."

Dalam pada itu, Sinar Harian telah membuat semakan terhadap akaun Twitter rasmi Azmin mendapati tiada sebarang ciapan yang dibuat mengenai perkara tersebut.

Penyebaran imej tangkap layar itu telah menimbulkan spekulasi berhubung kedudukan Dr Mahathir yang sebelum ini telah memberikan jaminan untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kuala Lumpur yang bakal berlangsung November 2020.

Bagaimanapun, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak perkara tersebut sebaliknya mahu Dr Mahathir melepaskan jawatan pada Mei ini.

Azmin pula dilihat tidak menyokong hasrat tersebut sebaliknya mahu Dr Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.

Sebelum ini, Azmin telah mengadakan satu pertemuan pada 18 November lalu dengan sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di kediaman rasminya di Presint 10, Putrajaya.

Antara yang hadir ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin dan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!