Ketua Pengarah Laut JLM diarahkan bercuti - Anthony

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Ketua Pengarah Laut JLM, Kapten Mohamad Halim Ahmed didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu berhubung surat pengecualian kepada syarikat perkapalan untuk membawa minyak gred berat di perairan negara tanpa kelulusan Menteri Pengangkutan, empat tahun lepas.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Ketua Pengarah Laut JLM, Kapten Mohamad Halim Ahmed didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu berhubung surat pengecualian kepada syarikat perkapalan untuk membawa minyak gred berat di perairan negara tanpa kelulusan Menteri Pengangkutan, empat tahun lepas.
A
A
A

GOMBAK - Ketua Pengarah Laut Jabatan Laut Malaysia (JLM), Kapten Mohamad Halim Ahmed dinasihatkan untuk bercuti sementara kesnya dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, dalam tempoh itu, Mohamad Halim tidak akan melaporkan diri untuk bertugas sehingga kes dihadapinya selesai.

Beliau berkata, berdasarkan prosedur Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Mohamad Halim diminta bercuti dan mengosongkan tempatnya sementara waktu.

"Namun berdasarkan doktrin atau prinsip asas, beliau tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah," katanya dalam sidang akhbar pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika memantau operasi khas bersepadu kenderaan pelancongan, perkhidmatan awam dan perdagangan di Stesen Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Gombak.

Hadir sama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Aedy Fadly Ramli dan Pengarah Kanan Penguatkuasaan Undang-Undang JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Mohamad Halim didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Penjawat pada Khamis atas pertuduhan menipu berhubung surat pengecualian kepada syarikat perkapalan untuk membawa minyak gred berat di perairan negara tanpa kelulusan Menteri Pengangkutan, empat tahun lepas.

Mohamad Halim, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Artikel Berkaitan:

Surat bertarikh 27 Oktober 2020 itu didakwa menyatakan Menteri Pengangkutan ketika itu memutuskan tempoh syarikat perkapalan yang diberikan pengecualian menghantar minyak gred berat di perairan Malaysia perlu dikekalkan mengikut tarikh diluluskan.

Insiden itu didakwa berlaku di ibu pejabat Jabatan Laut di Pelabuhan Klang pada 27 Oktober 2020.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!