Pelajar maut dihempap pokok ketika dalam perjalanan ke sekolah

Lokasi Muhammad Assif dihempap pokok ketika dalam perjalanan ke sekolah pada pagi Selasa.
Lokasi Muhammad Assif dihempap pokok ketika dalam perjalanan ke sekolah pada pagi Selasa.
A
A
A

SIK - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima maut selepas dihempap pokok durian ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Charuk Sireh di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman berkata, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Assif Md Zahid, 17, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di bahagian badan.

Menurutnya, kejadian terbabit diketahui ibu mangsa yang berusia 46 tahun selepas dihubungi suaminya pada jam 7.44 pagi.

“Ketika itu, ibu mangsa yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan dalam perjalanan dari Felda Teloi Timur ke tempat kerjanya di Sungai Petani.

"Suaminya meminta untuk berpatah balik dan memaklumkan berhubung kejadian yang menimpa anak mereka," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Menurutnya, ketika itu ibu mangsa belum mengetahui anaknya meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Kemudian sebaik tiba di lokasi, ibu mangsa berselisih dengan kereta suaminya dan terus mengikut suaminya ke Hospital Sik.

"Setibanya di hospital, baru suaminya memaklumkan bahawa anak mereka meninggal dunia akibat dihempap pokok di lokasi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Abdull Razak berkata, mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sik untuk bedah siasat.

"Siasatan awal yang dilakukan di tempat kejadian mendapati tiada kesan jenayah atau khianat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!