Sultan Nazrin kongsi kisah sami bantu orang Islam

Sultan Nazrin berkenan berangkat tiba pada program Regional Southeast Asia Human Dignity Conference 2024: 'Dignity For Everyone, Everywhere: Best Practices & Success Stories For Building Inclusive Societies' anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di ACE Conference Centre hari ini. Foto Bernama
Sultan Nazrin berkenan berangkat tiba pada program Regional Southeast Asia Human Dignity Conference 2024: 'Dignity For Everyone, Everywhere: Best Practices & Success Stories For Building Inclusive Societies' anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di ACE Conference Centre hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkongsi kisah seorang sami, Uzin Pein yang memberi perlindungan kepada sekumpulan umat Islam yang cuba dibunuh penganut Buddha.

Kisah yang dikongsikan baginda itu berlaku ketika rusuhan agama di Mandalay, Myanmar pada 2013 yang memaksa sekumpulan umat Islam mencari perlindungan di kuil Meiktila City yang dijaga sami Uzin Pein.

Baginda bertitah, apa yang ditunjukkan oleh Uzin Pein itu adalah cerminan sebenar kepada nilai karamah insaniah yang mengangkat maruah dan harga diri seseorang tanpa mengira sesiapa pun atau di mana pun mereka berada.

“Kita mungkin tidak mempunyai keberanian luar biasa seperti Uzin Pein namun kita boleh mencontohi beliau dalam melihat dan menilai aspek kemanusiaan sebagai keutamaan, berbanding label pegangan keagamaan,” titahnya ketika merasmikan Perasmian Regional Southeast Asia Human Dignity Conference 2024, di AEC Conference Centre pada Selasa.

Program tersebut dianjurkan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM): "Dignity For Everyone, Everywhere: Best Practices & Success Stories For Building Inclusive Societies".

Titah baginda, dalam rusuhan agama yang berlaku itu lebih 100 orang Islam terbunuh, termasuk 28 kanak-kanak Islam di sebuah sekolah.

“Ketika keganasan melanda, lebih 850 lelaki, wanita dan kanak-kanak Islam mencari perlindungan di biara Buddha yang dipimpin oleh Uzin Pein.

“Uzin Pein menawarkan dirinya untuk dibunuh apabila ratusan orang bersenjata dan marah muncul menuntut agar orang Islam diserahkan kepada mereka untuk dibunuh,” titahnya.

Artikel Berkaitan:

Titah Sultan Nazrin lagi, kisah membuktikan bahawa sami itu tidak mementingkan dirinya malah berhati mulia untuk membantu meskipun nyawanya berada di dalam bahaya.

“Komitmen nilai kebersamaan itu wujud sesama manusia walaupun berlainan agama dan berbeza warna kulit,” titahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!