Ranking Lee Zii Jia naik satu anak tangga
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya memperbaiki ranking BWF bagi dirinya setelah naik satu anak tangga untuk berada di kedudukan keenam dunia.
Dalam kemas kini terbaharu BWF melalui laman X ShuttleHard, Lee Zii Jia mengatasi pemain perseorangan lelaki China, Li Shi Feng setelah mengambil kira mata tambahan selepas acara badminton Sukan Olimpik Paris 2024 yang berakhir semalam.
Lee Zii Jia kini berada di kedudukan keenam dunia dengan pungutan mata keseluruhan sebanyak 83,716 mata.
Manakala bagi juara dunia Kunlavut Vitidsarn, beliau memperoleh lonjakan ranking paling tinggi sebanyak +4 anak tangga untuk berada di kedudukan ke 4 dunia setelah pencapaiannya meraih pingat perak Sukan Olimpik Paris.
Tempat pertama dan kedua kekal milik Shi Yu Qi dari China dan Viktor Axelsen dari Denmark. - Awani/AstroArena
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!