Belanjawan 2025: MITI tumpu cadangan dewan perniagaan

Tengku Zafrul (tiga dari kanan) bersama barisan panelis 'Vision 2025: The Age Of Asean' memotong kek sebagai gimik Hari ASEAN yang bakal disambut Khamis ini.
Tengku Zafrul (tiga dari kanan) bersama barisan panelis 'Vision 2025: The Age Of Asean' memotong kek sebagai gimik Hari ASEAN yang bakal disambut Khamis ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan memberi tumpuan kepada permintaan dewan perniagaan untuk dibawa ke mesyuarat bersama Kementerian Kewangan (MoF) mengenai Belanjawan 2025, minggu depan.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima beberapa cadangan dari segi bantuan dan geran khusus kepada pemegang taruh untuk mengeksport produk masing-masing.

"Dari segi perdagangan, ada banyak permintaan daripada syarikat domestik yang peruntukan bantuan pinjaman atau geran untuk bantu mereka eksport ke luar negara.

"Saya akan berjumpa Menteri Kewangan II (Datuk Seri Amir Hamzah Azizan) bersama pasukan masing-masing untuk berbincang cadangan yang telah dikemukakan kepada kami," katanya ketika ditemui selepas majlis penutup 'Vision 2045: The Age Of Asean' di sini pada Selasa.

Tengku Zafrul (empat dari kanan) bersama barisan panelis dan tetamu yang hadir pada 'Vision 2025: The Age Of ASEAN' pada Selasa.
Tengku Zafrul (empat dari kanan) bersama barisan panelis dan tetamu yang hadir pada 'Vision 2025: The Age Of ASEAN' pada Selasa.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul memaklumkan, MITI telah mengadakan dua sesi libat urus bersama pemegang taruh tempatan dan antarabangsa bagi mengumpulkan cadangan serta pandangan pemain industri.

Justeru beliau memberi jaminan bahawa setiap cadangan yang bakal dikemukakan kepada MoF kelak akan konsisten dengan maklumat diterima MITI.

"Dari sudut industri dan perdagangan, kita nak tingkatkan siling dan lantai, pastikan polisi serta peruntukan yang akan diberikan dalam Belanjawan 2025 lebih inklusif, bukan sahaja kepada industri besar tetapi industri baharu dan kecil.

Artikel Berkaitan:

"Dari segi limpahan ekonomi kepada rakyat, kita mahu pastikan pekerjaan yang dicipta melalui pelaburan domestik dan antarabangsa berkualiti tinggi selain fokus kepada industri yang ada 'value added'," ujarnya.

Belanjawan 2025 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Oktober depan dengan MoF telah menggariskan tiga keutamaan jangka pendek untuk mencapai objektif Ekonomi Madani.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!