Dua warga emas kantoi cuba seludup petrol

MPV tersebut diubahsuai tangki dipercayai untuk tujuan penyeludupan.
MPV tersebut diubahsuai tangki dipercayai untuk tujuan penyeludupan.
A
A
A

TUMPAT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menahan dua lelaki warga emas selepas cuba menyeludup petrol di Kampung Talak di sini pada Selasa.

Kedua-dua suspek berusia 50-an dan 70-an itu tahan pada jam 9.40 pagi.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, bertindak atas maklumat risikan sepasukan anggota bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga telah mengesan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina dalam keadaan mencurigakan.

"Pada masa kita turut mengesan MPV tersebut mengubahsuai tangki dipercayai untuk tujuan penyeludupan," katanya pada Selasa.

Menurut beliau, sebaik sahaja ditahan anggota bertugas membuat pemeriksaan dan menjumpai 175 liter minyak petrol.

Ujarnya, kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Azman memberitahu, anggaran rampasan petrol dianggarkan sebanyak RM358.75.

Artikel Berkaitan:

KPDN Kelantan menahan dua lelaki warga emas selepas cuba menyeludup petrol di Kampung Talak, Tumpat pada Selasa.
KPDN Kelantan menahan dua lelaki warga emas selepas cuba menyeludup petrol di Kampung Talak, Tumpat pada Selasa.

"Operasi ini merupakan langkah tegas pihak berkuasa untuk menangani isu penyeludupan barang kawalan bersubsidi di kawasan sempadan, serta memberi kesan terhadap aktiviti haram yang merugikan ekonomi negara.

"Kerjasama bersepadu ini juga menunjukkan komitmen pihak berkuasa dalam memastikan ketenteraman awam di kawasan sempadan terjaga dengan baik dan membanteras aktiviti penyeludupan dan penyelewengan barang kawalan bersubsidi secara berkesan," katanya.

Menurut Azman, KPDN Kelantan sentiasa melipat gandakan usaha membanteras ketirisan barang kawalan di sempadan negara ini bersama dengan agensi berkaitan sempadan dari masa ke semasa.

"KPDN Kelantan memberikan amaran keras kepada mana-mana individu yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral penyelewengan barang kawalan supaya menghentikan segera serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan tindakan tegas akan diambil selanjutnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!