Selisih faham dengan bapa disyaki punca remaja hilangkan diri

Lin Yu Cheng menghilangkan diri sejak 25 Mei lalu.
Lin Yu Cheng menghilangkan diri sejak 25 Mei lalu.
A
A
A

PETALING JAYA - Perselisihan faham dengan bapa menjadi punca remaja perempuan berusia 14 tahun menghilangkan diri sejak sejak 25 Mei lalu dan gagal dikesan sehingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, kehilangan Lin Yu Cheng dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 3.04 petang Isnin lalu oleh keluarganya.

"Remaja itu disedari hilang pada 25 Mei lalu dari kediamannya di Dataran Prima Condominium, di sini oleh bapanya selepas berlaku perselisihan faham.

"Pada 28 Mei lalu, adik remaja terbabit menghubunginya dan dapat berkomunikasi melalui WhatsApp, namun apabila bapanya cuba menghubunginya semula gagal dan tidak berjawab," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Shahrulnizam berkata, pada 28 Jun lalu, bapanya sekali lagi menghubunginya namun talian tidak lagi aktif dan dipercayai remaja itu sudah menamatkan perkhidmatan talian.

"Bapanya ada melihat Instagram anaknya itu semalam (Isnin), memaparkan tangannya bertatu dan dipercayai berada di pusat hiburan.

"Selepas 73 hari remaja itu tidak pulang ke rumah, bapanya tampil membuat laporan polis semalam," katanya.

Yu Cheng dilaporkan berketinggian kira-kira 155 sentimeter dengan berat kira-kira 42 kilogram dan berkulit warna kuning susu. Remaja itu berambut hitam dan berbibir nipis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!