Pemberontakan Bangladesh 1971 kembali berulang

Penunjuk perasaan mengibarkan bendera kebangsaan ketika menyerbu kediaman rasmi Perdana Menteri di Dhaka.
Penunjuk perasaan mengibarkan bendera kebangsaan ketika menyerbu kediaman rasmi Perdana Menteri di Dhaka.
A
A
A

DHAKA - Tentera Bangladesh pada Selasa memegang kuasa di negara itu selepas protes mega berjaya menyingkirkan Perdana Menteri, Sheikh Hasina.

Pemimpin berusia 76 tahun yang berkuasa sejak 2009 itu terpaksa akur dengan desakan penunjuk perasaan antikerajaan yang berdemonstrasi sejak lebih sebulan lalu.

Hasina telah memegang tampuk kepimpinan Bangladesh sejak 2009.
Hasina telah memegang tampuk kepimpinan Bangladesh sejak 2009.

Ketua tentera, Jeneral Waker-Uz-Zaman mengumumkan mereka akan membentuk kerajaan sementara untuk proses peralihan kuasa.

“Negara ini telah banyak menderita, ekonomi turut terkesan dan ramai yang terkorban. Sudah tiba masanya untuk menghentikan keganasan ini,” ujar Waker tidak lama selepas kediaman rasmi Hasina diserbu peserta protes pada Isnin.

Jutaan penduduk membanjiri jalan utama sekitar Dhaka meraikan pe-ngumuman Waker.

“Saya berasa amat gembira kerana negara kita akhirnya bebas. Kita kini terlepas daripada pemerintahan diktator.

Artikel Berkaitan:

"Ia adalah kejayaan pemberontakan sama seperti yang berlaku pada 1971,” kata Sazid Ahnaf, 21, yang membandingkan situasi itu dengan perang menuntut kemerdekaan memisahkan Bangladesh dengan Pakistan lebih lima dekad lalu.

Difahamkan, kerajaan sementara tersebut akan mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat selepas berunding dengan semua pihak.

Muzium Memorial Bangabandhu yang memaparkan potret pengasas Bangladesh, Sheikh Mujibur Rahman turut menjadi sasaran demonstrasi tersebut.
Muzium Memorial Bangabandhu yang memaparkan potret pengasas Bangladesh, Sheikh Mujibur Rahman turut menjadi sasaran demonstrasi tersebut.

“Keputusan sebulat suara juga telah dicapai untuk membebaskan pemimpin pembangkang, Parti Nasionalis Bangladesh (BNP), Begum Khaleda Zia yang disabit bersalah di bawah kes rasuah pada 2018,” kata Presiden, Mohammed Shahabuddin.

Sementara itu, jurucakap BNP memberitahu Zia, 78, yang sebelum ini terlibat perebutan kuasa dengan Hasina bakal keluar dari hospital tidak lama lagi setelah dipindahkan ke kemudahan kesihatan tersebut berikutan tahap kesihatannya yang merosot pada 2019.

“Kami belum mencadangkan sesiapa untuk menggantikan Hasina. Kami sentiasa menyokong kumpulan pelajar yang mencetuskan kebangkitan rakyat ini.

Kebanyakan muka depan akhbar utama memaparkan tajuk berita tentang perkembangan krisis di Bangladesh.
Kebanyakan muka depan akhbar utama memaparkan tajuk berita tentang perkembangan krisis di Bangladesh.

“Zia menggesa supaya orang ramai kekal tenang ketika pelaksanaan proses peralihan kuasa berlaku,” jelasnya lagi.

Di mana Hasina?

Ketika ini keberadaan Hasina yang memimpin Parti Awami telah mencetuskan tanda tanya kepada banyak pihak.

Beliau tiba di pangkalan tentera Hindon berhampiran New Delhi dan turut bertemu Penasihat Keselamatan Negara India, Ajit Doval di lokasi tersebut.

Akhbar The Indian Express melaporkan Hasina dibawa ke ‘rumah perlindungan’ dan dipercayai merancang untuk ‘melarikan diri’ ke Britain.

Laporan agensi berita ANI juga mendakwa pesawat C-130 J yang digunakan untuk membawa Hasina telah berlepas pulang dari pangkalan tentera Hindon dengan tujuh anggota tentera.

Pasukan Keselamatan Sempadan (BSF) berkawal di India-Bangladesh kerana bimbang jika konflik di negara itu merebak ke New Delhi.
Pasukan Keselamatan Sempadan (BSF) berkawal di India-Bangladesh kerana bimbang jika konflik di negara itu merebak ke New Delhi.

Rusuhan ganas yang membawa kepada pengunduran Hasina tercetus pada bulan lalu selepas kumpulan pelajar membantah sistem kuota untuk penjawat awam.

Kumpulan hak asasi manusia turut menuduh kerajaan pimpinan beliau menyalahgunakan institusi negara untuk mengukuhkan kuasa dan menghapuskan perbezaan pendapat termasuk melakukan pembunuhan di luar undang-undang terhadap aktivis pembangkang.

Sekurang-kurangnya 366 terbunuh dalam siri protes ganas yang akhirnya membuka lembaran baharu terhadap krisis politik di negara tersebut dan dikhuatiri merebak ke India. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!