Tiada pihak boleh ganggu proses PRK Nenggiri

Gambar kecil: Nor Halmey
Gambar kecil: Nor Halmey
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyediakan bilik gerakan sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri merupakan langkah pencegahan kegiatan rasuah.

Ketua Pasukan Rasuah Busters Perlis, Nor Halmey Hamdah berkata, ia memberi signal bahawa tiada pihak yang boleh sewenang-wenangnya mengganggu proses PRK pada 17 Ogos depan.

“Orang ramai diminta tidak bercakap kosong jika berlaku penyalahgunaan rasuah semasa proses berkempen kerana mereka lebih gemar menceritakannya di media sosial tanpa melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Mereka juga harus menaruh kepercayaan kepada SPRM selepas laporan dilakukan kerana pengundi berasa tidak adil sekiranya laporan mereka tidak diendahkan.

“Mereka harus tahu pihak SPRM lebih memahami tanggungjawab dan kemungkinan laporan mereka itu tidak menepati maksud kesalahan rasuah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

SPRM melancarkan dua bilik gerakan pilihan raya bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan perbuatan rasuah serta salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.43 Nenggiri.

SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang serta peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Mengulas lanjut, Nor Halmey memuji tindakan SPRM yang membuka bilik gerakan supaya tiada pihak yang boleh mengambil kesempatan mahupun peluang untuk melakukan kegiatan keji itu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, katanya lagi, media sosial mempunyai peranan penting yang mampu memberi kesan sekiranya berlaku rasuah semasa berkempen.

“Kadangkala media sosial lebih memberi kesan berbanding membuat laporan dan juga memberi suasana yang tidak adil kepada mangsa.

“Saya harap dengan bilik gerakan yang dibuka ini, tidaklah berlaku rasuah sepanjang berkempen dan lebih baik ia dilenyapkan terus,” tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!