Akses bantuan perubatan kepada asnaf secara digital

Dr Tunku Muzafar Shah (tengah) bergambar bersama Mohd Sabirin (dua dari kiri) dan Ezuan (dua dari kanan) selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik Inisiatif Digital E-Perubatan. Foto Bernama
Dr Tunku Muzafar Shah (tengah) bergambar bersama Mohd Sabirin (dua dari kiri) dan Ezuan (dua dari kanan) selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik Inisiatif Digital E-Perubatan. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan MEDKAD Sdn Bhd memeterai perjanjian bagi memudahkan akses kepada asnaf di Selangor mendapatkan bantuan perubatan dengan lebih cepat serta berkesan.

Dengan penggunaan Sistem Bantuan Perubatan Elektronik (Electronic Medical Aid) atau Al-Amal yang merupakan sistem inovatif dibangunkan MEDKAD, ia dapat menguruskan perkhidmatan kesihatan secara digitalisasi.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata, menerusi Pelan Strategik LZS 2023 hingga 2025 di bawah teras strategi Go Digital, LZS menekankan pembangunan dan penggunaan platform digitalisasi bagi mempertingkatkan keupayaan serta kecekapan proses penyaluran bantuan agihan zakat, khususnya bantuan perubatan.

Perjanjian kerjasama ditandatangani Mohd Sabirin (duduk kiri) Ezuan (duduk kanan) disaksikan Dr Tunku Muzafar Shah (tengah).
Perjanjian kerjasama ditandatangani Mohd Sabirin (duduk kiri) Ezuan (duduk kanan) disaksikan Dr Tunku Muzafar Shah (tengah).

Ujarnya, Al-Amal dibangunkan untuk LZS, diintegrasikan dengan sistem sedia ada iaitu LZS Electronic Zakat Online (eZO).

“Dengan Al-Amal, permohonan bantuan perubatan di LZS kini boleh dilakukan secara digital, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada borang fizikal dan pemprosesan manual.

“Sistem ini dilihat dapat mempermudah asnaf membuat permohonan dengan cepat dan selamat, mengatasi risiko manipulasi dokumen serta mempermudah proses pengurusan permohonan LZS secara keseluruhan,” ujarnya pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Mohd Sabirin (dua dari kiri) dan Ezuan (dua dari kanan) bertukar dokumen kerjasama disaksikan Dr Tunku Muzafar Shah (tengah).
Mohd Sabirin (dua dari kiri) dan Ezuan (dua dari kanan) bertukar dokumen kerjasama disaksikan Dr Tunku Muzafar Shah (tengah).

Perjanjian kerjasama tersebut ditandatangani Mohd Sabirin dan Ketua Pegawai Eksekutif MEDKAD, Ezuan Yaacob dengan disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Perubatan LZS, Datuk Dr Tunku Muzafar Shah Tunku Jaafar Laksamana di sebuah hotel di Seksyen 14 di sini.

Dalam pada itu, Mohd Sabirin berkata, proses permohonan bantuan juga dapat diselesaikan dalam tempoh lapan hari berbanding 14 hari sebelum ini dan menawarkan respons lebih pantas serta efisien kepada asnaf yang memerlukan bantuan perubatan.

“Pada masa ini proses permohonan bantuan di LZS melibatkan 553 panel perubatan yang dilantik di seluruh Selangor, dengan hampir 3,500 tuntutan diproses secara manual setiap bulan.

“Pada 2023, LZS telah mengagihkan lebih RM51 juta bantuan perubatan kepada 11,000 asnaf dengan jumlah transaksi melebihi 16,000 setahun,” ujarnya.

Ujar beliau, penggunaan penuh Sistem Bantuan Perubatan Al-Amal untuk pengurusan permohonan bantuan perubatan asnaf di LZS dijangka dilaksanakan pada awal 2025 selepas pelaksanaan tempoh perintis di daerah Petaling bermula November 2024.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!