‘Pertama kali orang ‘wheelie’ mengundur’

Aksi dua sahabat ‘wheelie’ motosikal secara mengundur mengundang tawa pengguna TikTok.
Aksi dua sahabat ‘wheelie’ motosikal secara mengundur mengundang tawa pengguna TikTok.
A
A
A

SHAH ALAM - Baru-baru ini tular video memaparkan dua wanita hampir terjatuh apabila motosikal yang ditunggangi itu gagal dikawal sehingga pacuan dua roda berkenaan mempamerkan aksi ‘wheelie’.

Menceritakan detik berkenaan, pekerja Pejabat Felda Palong 2, Negeri Sembilan, Siti Haryana Abu Bakar,21, berkata, kejadian berkenaan berlaku ketika dia bersama-sama empat rakan sekerja pergi melawat ladang kelapa sawit.

Menurutnya, mereka ke ladang kerana mahu meninjau perkara berkaitan kerja di samping mahu mencari durian, namun tidak membuahkan hasil.

“Selepas semua (pekerjaan) selesai, kami bergerak keluar dari kebun. Kami ke kebun dengan empat motosikal. Saya bersama dua lagi rakan sudah bergerak terlebih dahulu.

“Tiba di suatu kawasan berbukit, kami (Siti Haryana bersama dua rakan) menunggu dua lagi rakan. Ketika itu, saya mengeluarkan telefon untuk merakam gelagat dua sahabat yang mahu mendaki kawasan berbukit itu.

“Bagaimanapun, motosikal yang dinaiki mereka itu tidak berjaya naik kawasan berbukit sehingga menyebabkan motosikal itu wheelie. Mujur kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Siti Haryana (dua dari kiri) bersama empat rakan yang lain pergi ke ladang kelapa sawit untuk meninjau hal berkaitan kerja di samping mencari durian.
Siti Haryana (dua dari kiri) bersama empat rakan yang lain pergi ke ladang kelapa sawit untuk meninjau hal berkaitan kerja di samping mencari durian.

Mengulas lanjut, Siti Haryana memberitahu, kejadian itu benar-benar mengejutkan, namun disebabkan motosikal berkenaan hilang kawalan sehingga wheelie, ia bertukar menjadi lucu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sebaik sahaja motosikal itu hilang kawalan, dia berlari untuk membantu mereka.

“Alhamdulillah, tiada kecederaan berlaku. Masing-masing terkejut tetapi situasi motosikal mengundur lalu menyebabkan aksi wheelie, amat melucukan.

“Saya rasa serba salah dengan mereka kerana gelak terlebih dahulu sebelum menghulurkan bantuan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Siti Haryana memaklumkan, insiden berkenaan tidak mendatangkan rasa trauma kepada mereka tetapi lebih kepada berhati-hati.

Video berdurasi 12 saat, dimuat naik di laman sosial, TikTok @sharyanaa telah mengundang tawa orang ramai yang menyifatkan insiden berkenaan sebagai kejadian luar biasa.

Menurut pemilik akaun @wifihome90, kebiasaannya penunggang motosikal wheelie sambil motosikal bergerak ke hadapan tetapi kali ini berbeza.

“Selalu orang wheelie ke depan... ini sambil mengundur dia boleh wheelie. Pertama kali tengok.

“Tengok lima, enam kali tetap gelak. Saya minta maaf kak,” tulis @ Apab.

Sementara itu, @NabihaKastor berkata, wanita yang menunggang motosikal itu terlalu santai menaiki bukit sehingga menyebabkan kejadian berkenaan berlaku

@sinarharianonline

'Pertama kali orang 'wheelie' mengundur' Baru-baru ini, tular video memaparkan dua wanita hampir terjatuh apabila motosikal yang ditunggangi itu gagal dikawal sehingga pacuan dua roda berkenaan mempamerkan aksi ‘wheelie’. Menceritakan detik berkenaan, pekerja Pejabat Felda Palong 2, Negeri Sembilan, Siti Haryana Abu Bakar,21, berkata, kejadian berkenaan berlaku ketika dia bersama-sama empat rakan sekerja pergi melawat ladang kelapa sawit. Mengulas lanjut, Siti Haryana memberitahu, kejadian itu benar-benar mengejutkan, namun disebabkan motosikal berkenaan hilang kawalan sehingga wheelie, ia bertukar menjadi lucu. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Tular #Viral #Edisi #Selangor #KL #Motosikal #Felda #TikTok

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!