Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri 17 Ogos nanti menyaksikan pertembungan dua penjuru antara BN dengan Bersatu dari PN yang menggunakan logo Pas.Walaupun BN menguasai Nenggiri sejak ia dipertandingkan pada 2004, PN berjaya merampasnya dalam PRN tahun lalu lewat calonnya Mohd Azizi Abu Naim sebelum beliau dilucutkan jawatan ADUN selepas mengisytihar sokongan kepada Perdana Menteri.Siapakah yang bakal mengungguli Nenggiri kali ini? Mampukah BN merebut semula kerusi ini atau ia akan kekal dimiliki PN?