PRU16: KJ dakwa ada unjuran ramal Ahmad Zahid jadi PM ke-11

Tangkap layar KJ menerusi video podcast Keluar Sekejap pada Selasa.
Tangkap layar KJ menerusi video podcast Keluar Sekejap pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa terdapat satu unjuran yang meramalkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi Perdana Menteri ke-11 sekiranya parti tersebut bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) dan mendominasi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Khairy Jamaluddin berkata, menerusi unjuran yang dibentangkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki itu, jawatan Timbalan Perdana Menteri pula didakwa akan disandang oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini merupakan Perdana Menteri ke-10 (PMX).

Menurutnya, andaian tersebut dibuat berdasarkan kemungkinan jika jumlah kerusi yang dimenangi oleh gabungan Barisan Nasional (BN)-PH itu menggunakan formula 1 + 1.

“Dengan formula tersebut, jumlah kerusi PRU16 andaian BN-PH menggunakan formula 1 + 1 adalah 182 kerusi daripada 222 kerusi.

“Dan paling menarik sekali, PKR 41 kerusi, DAP 40 kerusi dan UMNO 49 kerusi. UMNO 49 kerusi.

“Bermakna Datuk Zahid (jadi) Perdana Menteri, PMX (Anwar) (jadi) Timbalan Perdana Menteri,” katanya menerusi podcast Keluar Sekejap pada Selasa.

Dalam pada itu, Khairy turut mendakwa UMNO membuat unjuran itu bahawa mereka dijangka memenangi 49 kerusi Parlimen pada PRU16 iaitu penambahan daripada 26 kepada 49 kerusi.

Ujarnya, UMNO juga didakwa sedang giat melakukan jelajah untuk melembutkan akar umbi parti supaya menerima naratif iaitu dengan kerjasama BN-PH, UMNO boleh kembali ke tampuk pemerintahan kerajaan selepas PRU16 akan datang.

Artikel Berkaitan:

“Tetapi salah satu jelajah (UMNO) sedang berlangsung di mana Asyraf Wajdi sedang membentangkan satu unjuran dan unjuran ini dalam bentuk ‘slide’ (paparan) dan saya sedang tengok slide ini.

“Dia tambah bilangan kerusi tambahan (andaian BN-PH). Jadi andaian ini maksudnya penambahan, jika BN dan PH bekerjasama.

“Tetapi dia cakap kerusi tambahan yang boleh dimenangi kombinasi BN-PH adalah 34. Saya rasa dia menggunakan formula 1, 1,” ujarnya.

@sinarharianonline

UMNO dijangka mendominasi gabungan PH-BN dalam PRU16 - KJ Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Politik #ZahidHamidi #PM #PRU16 #KJ #KeluarSekejap

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!