Warga Pakistan direman kes liwat pemuda

Warga Pakistan berusia 36 tahun (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret pada Rabu
Warga Pakistan berusia 36 tahun (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret pada Rabu
A
A
A

MELAKA – Lelaki Pakistan direman lima hari bermula Rabu oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan meliwat seorang pemuda yang mahu mencari pekerjaan.

Perintah reman sehingga Ahad terhadap lelaki berusia 36 tahun itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan

Difahamkan suspek melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 22 tahun yang datang ke sebuah kedai perabot untuk mencari kerja kosong.

Ketua Polis, Datuk Zainol Samah berkata, suspek ditahan sepasukan polis berhampiran sebuah kedai perabot di Taman Tanjung Minyak Setia, Tanjung Minyak dekat sini pada Selasa kira-kira jam 6.30 petang.

Menurut beliau, tangkapan dibuat selepas pengadu mendakwa telah diliwat oleh suspek ketika datang untuk mencari kerja kosong di premis berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi.

"Ketika pertemuan itu suspek meminta pengadu naik ke tingkat atas untuk berjumpa dengan pengurus.

"Namun mangsa mendapati tiada sesiapa sebelum suspek menariknya yang masih bujang masuk ke dalam sebuah bilik," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, warga Pakistan itu turut mencium pengadu di mulut, dada, leher, punggung dan betis sebelum meliwat pengadu menyebabkan dia menjerit dan meronta-ronta cuba melepaskan diri namun gagal.

Artikel Berkaitan:

"Selepas berjaya melarikan diri, pengadu kemudian telah dirujuk ke Hospital Melaka dan pemeriksaan lanjut mangsa mendapati ada kesan koyakan baru pada dubur mangsa," katanya.

Ujar beliau, hasil saringan ujian air kencing terhadap suspek yang ditahan jam 6.30 petang semalam mendapati negatif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan (KK) iaitu dengan sengaja melakukan persetubuhan di luar tabii.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!