PRK Nenggiri: Draf manifesto BN di peringkat akhir, kata Awie

Mohd Azmawi Fikri. Foto Bernama
Mohd Azmawi Fikri. Foto Bernama
A
A
A

GUA MUSANG - Draf manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri sudah di peringkat akhir dan akan diumumkan kepada pengundi dalam masa terdekat.

Calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang lebih mesra disapa Awie berkata, antara perkara yang akan ditekankan dalam manifesto tersebut adalah dari sudut modal insan, ekonomi tempatan dan perumahan generasi muda.

"Saya sudah ada draf manifesto, saya perlu menunggu dua atau tiga perkara lagi untuk dimasukkan,” katanya ketika ditemui Bernama di Ladang Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC) Sungai Terah, pada Rabu.

Hari ini masuk hari kelima kempen PRK berkenaan yang akan berlangsung Sabtu ini, menyaksikan Mohd Azmawi sebagai wakil Kerajaan Perpaduan berdepan pesaingnya daripada Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail yang bertanding menggunakan logo PAS.

Selain manifesto, menurutnya, sepanjang tempoh berkempen juga, beliau memanfaatkan pengalamannya dalam arena politik bagi memenangi kepercayaan segenap lapisan masyarakat Nenggiri.

Mohd Azmawi Fikri beramah mesra bersama penduduk setempat pada program Ziarah Mesra Komuniti ketika berkempen sempena PRK Nenggiri di sebuah kedai makan di Sungai Terah, Gua Musang pada Rabu. Foto Bernama
Mohd Azmawi Fikri beramah mesra bersama penduduk setempat pada program Ziarah Mesra Komuniti ketika berkempen sempena PRK Nenggiri di sebuah kedai makan di Sungai Terah, Gua Musang pada Rabu. Foto Bernama

"Semestinya kalau saya dipilih, saya akan menjadi ‘jambatan’ kepada kerajaan Persekutuan dalam berjuang masalah rakyat Nenggiri.

"Meskipun saya akan berperanan dalam proses semak imbang dalam DUN, namun saya juga bertanggungjawab membawa isu-isu Nenggiri ke kerajaan Persekutuan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan bekas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun lepas. - Bernama

Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini!.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!