Sembilan dikhuatiri terperangkap selepas hotel runtuh di Jerman

Sebahagian bangunan sebuah hotel di Rhineland-Palatinate, Jerman runtuh pada malam Selasa. Foto Agensi
Sebahagian bangunan sebuah hotel di Rhineland-Palatinate, Jerman runtuh pada malam Selasa. Foto Agensi
A
A
A

BERLIN - Sembilan orang dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan selepas sebahagian bangunan sebuah hotel di Rhineland-Palatinate, Jerman runtuh pada malam Selasa.

Operasi menyelamat sedang giat dijalankan di lokasi kejadian di bandar Moselle, Kröv, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik kenyataan pihak polis.

"Beberapa orang berjaya menyelamatkan diri dan kini sedang menerima rawatan serta sokongan daripada perkhidmatan kecemasan," kata polis.

Menurut penyiar awam SWR, pasukan bomba pada mulanya tidak dapat memasuki bangunan itu kerana bimbang berlaku kejadian runtuhan susulan.

Penduduk di bangunan-bangunan berdekatan dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Punca kejadian masih belum diketahui. - Bernama-dpa

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!