JKDM Kelantan rampas 1.9 juta batang rokok seludup

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 1.9 juta batang rokok seludup dalam dua lokasi berasing pada 31 Julai lalu.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 1.9 juta batang rokok seludup dalam dua lokasi berasing pada 31 Julai lalu.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 1.9 juta batang rokok seludup di dua lokasi berasingan pada 31 Julai lalu.

Rampasan melibatkan 189 peti rokok bernilai RM1.5 juta termasuk cukai dan dua buah lori itu dilakukan oleh Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan JKDM Kota Bharu dan Rantau Panjang di Tumpat dan Bachok.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, bertindak atas maklumat risikan, sepasukan anggota penguat kuasa melakukan serbuan pertama ke atas sebuah lori di Kampung Chat, Palekbang, Tumpat pada jam 5.45 pagi.

"Pemeriksaan ke atas lori itu membawa kepada penemuan 99 peti yang mengandungi 1.04 juta batang rokok berjenama tidak sah.

Rampasan melibatkan 189 peti rokok bernilai RM1.5 juta termasuk cukai dan dua buah lori itu dilakukan oleh Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan JKDM Kota Bharu dan Rantau Panjang di Tumpat dan Bachok.
Rampasan melibatkan 189 peti rokok bernilai RM1.5 juta termasuk cukai dan dua buah lori itu dilakukan oleh Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan JKDM Kota Bharu dan Rantau Panjang di Tumpat dan Bachok.

"Nilai rampasan rokok yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM114,400," katanya.

Menurut beliau, dalam serbuan kedua di Kampung Badak Bachok pada jam 9.30 malam, JKDM Kelantan menahan sebuah lori dan merampas sebanyak 90 peti rokok.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 90,000 batang rokok seludup berjenama tidak sah.

Artikel Berkaitan:

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, nilai rampasan rokok itu dianggarkan berjumlah RM99,000.

"Siasatan masih lagi diteruskan untuk mengesan kedua-dua pemilik kenderaan tersebut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!