Peniaga rugi RM30,000 kedai makan dihempap pokok tumbang

Kedai makan yang diusahakan Haliza dan suami musnah dihempap sebatang pokok.
Kedai makan yang diusahakan Haliza dan suami musnah dihempap sebatang pokok.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang peniaga kerugian kira-kira RM30,000 selepas kedai makannya rosak dihempap sebatang pokok yang tumbang di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, Haliza Mustaffa, 54, sedang sibuk memasak dibantu suaminya, Norizan Abu Bakar, 58, di dapur.

Menurut Haliza, sebelum kejadian dia ada terdengar bunyi seperti dahan pokok patah beberapa kali.

Keadaan kedai makan yang diusahakan Haliza dan suami musnah dihempap sebatang pokok.
Keadaan kedai makan yang diusahakan Haliza dan suami musnah dihempap sebatang pokok.

"Ketika kejadian, cuaca juga baik dan tiada pelanggan di dalam kedai.

"Saya dan suami sempat menyelamatkan diri dan syukur kerana tidak membabitkan sebarang nyawa," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Kejadian itu menyebabkan banyak peralatan seperti kerusi, meja, tong air dan sebahagian struktur kedai musnah, selain kerosakan pada kereta Perodua Kelisa milik pasangan tersebut yang terletak berhampiran premis terbabit.

Artikel Berkaitan:

Keadaan kereta Perodua Kelisa milik mangsa yang turut rosak akibat kejadian itu.
Keadaan kereta Perodua Kelisa milik mangsa yang turut rosak akibat kejadian itu.

Haliza yang mengakui masih trauma dengan kejadian itu berkata, operasi kedai yang diusahakan sejak enam taun lalu ditutup buat sementara waktu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!