ZAYAN antara rakan media jayakan Malaysia #QuranHour

Antara rakan sinergi media yang hadir taklimat sempena Malaysia #QuranHour pada Rabu.
Antara rakan sinergi media yang hadir taklimat sempena Malaysia #QuranHour pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Rangkaian radio islamik, ZAYAN teruja dan berbangga apabila terlibat secara langsung sebagai antara watak penting untuk menjayakan Malaysia #QuranHour yang bakal berlangsung pada 30 Ogos ini.

Pengurus jenamanya, Wan Syahrul Amry Wan Mansor berkata, pihaknya hanya menjadi penyokong program secara tidak langsung, namun penglibatan di sebalik tabir program kali ini merupakan peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan.

Menurut beliau, segala gerak kerja, kempen dan aktiviti promosi mengenai program terbabit akan diselaraskan menerusi satu segmen khas pada sebelah malam menjelang hari kejadian.

Wan Syahrul Amry
Wan Syahrul Amry

“Sebagai radio yang mempromosikan gaya hidup Muslim, kami sangat berbangga apabila dapat menjadi sebahagian daripada rakan media untuk Malaysia #QuranHour.

“Kami akan memastikan segala promosi diketengahkan bersama rakan penyampai radio kerana program sebegini perlu diteruskan dan libatkan seramai mungkin agensi media," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Penganjuran Malaysia #QuranHour oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) kini kembali dengan tema ‘Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara’ berpandukan surah al-Jumu’ah dan surah al-Hujurat yang bertujuan memperkukuhkan perpaduan serta keharmonian rakyat menerusi penghayatan Rukun Negara.

Program yang sudah memasuki tahun ke-10 itu bakal diadakan serentak di seluruh negara dan bersiaran secara langsung dari lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 10 hingga 11 pagi.

Artikel Berkaitan:

Antara wakil media terlibat ialah Sinar Harian, Astro Oasis, TV9, Bernama, TV Alhijrah, Zayan, Astro Awani, Nu Ideaktiv, IKIM FM, Denaihati.com dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku penyiar utama Malaysia #QuranHour.

Malaysia #QuranHour dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama rakan sinergi termasuk Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan penglibatan universiti tempatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!