Polis kenal pasti suspek kelima kes samun rumah di Semenyih

Hussein. Laporan Sinar Harian
Hussein. Laporan Sinar Harian
A
A
A

PETALING JAYA - Polis sudah mengenal pasti suspek kelima yang dipercayai terbabit dalam kes samun kediaman warga asing di Semenyih, Kajang pada 31 Julai lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, identiti suspek termasuk nombor kad pengenalan serta alamat kediamannya sudah pun dikenal pasti dan pihak polis menasihatkan lelaki berkenaan untuk menyerah diri.

"Gambar (fotofit) dan maklumat suspek akan dihebahkan kepada pihak media bagi tujuan mengesan suspek yang dipercayai masih berada di dalam negara," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis pelupusan barang kes di Balai Polis Ara Damansara dekat sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, pihaknya juga sudah memohon untuk melanjutkan tempoh reman bagi empat suspek kes berkenaan termasuk tiga anggota polis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan tiga anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) ditahan kerana dipercayai terlibat dalam satu kes samun sebuah rumah.

Tangkapan pertama melibatkan dua lelaki berusia 32 dan 35 tahun di Kem Batalion 19 PGA Cheras di sini pada 12.20 tengah malam semalam dan mereka direman hingga 7 Ogos.

Seorang lagi lelaki berusia 24 tahun, yang juga anggota PGA batalion sama, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada 1 tengah hari, Khamis.

Seorang lagi suspek iaitu orang awam menyerah di IPD Kajang pada 1.40 pagi Jumaat, kedua-dua individu itu direman sehingga 8 Ogos.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!