Hadiah bernilai RM1 juta menanti pengunjung MSAM 2024

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Arshad Raja Tun Uda (tengah) bergambar bersama rakan korporat pada Majlis Jalinan Rakan Korporat Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam pada Rabu. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Arshad Raja Tun Uda (tengah) bergambar bersama rakan korporat pada Majlis Jalinan Rakan Korporat Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam pada Rabu. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - Karnival literasi kewangan terbesar Malaysia anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM1 juta kepada pengunjung Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024.

Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, hadiah itu terdiri daripada satu unit apartment servis di Serasi Residences, Putra Heights, kenderaan elektrik BYD Dolphin Standard, Perodua Axia 1.0L AV dan Ativa 1.0L Turbo AV.

"Tahun ini MSAM bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) pada 22 hingga 25 Ogos 2024 dan membawa tema 'Kukuhkan hidup anda di MSAM' sejajar dengan matlamat PNB iaitu memperkasa kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi.

"Selain itu, pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung antaranya Sembang-Sembang ASNB, Kuiz Pelaburan PNB, Festival Muzik Mini, Karnival Makanan Mini (Maybank Islamic MAE-Dan Selera) dan Festival Auto," katanya ketika berucap di Majlis Jalinan Rakan Korporat MSAM 2024 pada Rabu.

Arshad berucap pada Majlis Jalinan Rakan Korporat Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam pada Rabu. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Arshad berucap pada Majlis Jalinan Rakan Korporat Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam pada Rabu. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Mengulas lanjut beliau memaklumkan, kira-kira 50 pempamer terdiri daripada syarikat kumpulan PNB, ejen ASNB, badan kawal selia dan agensi Kerajaan Negeri akan melakukan aktiviti serta pameran pendidikan pelaburan yang menarik.

Tambahnya, elemen pendidikan kewangan dan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) turut dikekalkan dalam karnival kali ini untuk memberi inspirasi kepada golongan muda dalam menuntut ilmu serta memperoleh pengetahuan yang lebih mendalam.

Dalam pada itu beliau berkata, rakan korporat yang terlibat dalam karnival berkenaan adalah Malayan Banking Berhad (Maybank), SD Guthrie Berhad, Sime Darby Berhad dan S P Setia Berhad.

Artikel Berkaitan:

"Tidak lupa juga kepada rakan utama kita iaitu Sime Darby Property Berhad, MNRB Holdings Berhad serta Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd (Perodua).

"Selain itu, kita turut mempunyai Duopharma Biotech Berhad dan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) sebagai rakan korporat yang lain," ujarnya.

Menurut Arshad, peranan setiap syarikat sangat penting dalam memastikan karnival berkenaan berjalan lancar dan tersusun bagi mencapai objektif utamanya.

Tambah beliau, Rakan Korporat MSAM 2024 memainkan peranan untuk membuktikan kepada pengunjung mengenai keutuhan syarikat mereka menerusi pelaburan yang diuruskan ASNB seperti Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Malaysia.

"Pengunjung juga boleh mempelajari bagaimana pulangan yang diperoleh melalui pelaburan dalam syarikat berkenaan diagihkan semula kepada pemegang unit dalam bentuk agihan pendapatan," tambah beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!