Kumpulan Karangkraf sumbang al-Quran di Selatan Thailand

Muhammad Nasir (dua dari kiri) bersama Borhan (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan naskhah al-Quran kepada wakil masjid di Pattani, Thailand pada Rabu.
Muhammad Nasir (dua dari kiri) bersama Borhan (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan naskhah al-Quran kepada wakil masjid di Pattani, Thailand pada Rabu.
A
A
A

PATTANI, THAILAND - Kumpulan Karangkraf menyumbang naskhah al-Quran kepada sekolah, tadika, pondok di Selatan Thailand pada Rabu dalam usaha menyuburkan lagi bacaan kitab suci itu dalam kalangan umat Islam di negara gajah putih ini.

Sumbangan sebanyak 600 naskhah itu turut mendapat kerjasama kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Pembangunan Bandar Lestari, Kebudayaan, Adat Istiadat Melayu dan Warisan.

Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, ini merupakan siri keempat pihaknya turun padang mengagihkan kitab suci itu di wilayah Selatan Thailand.

Kumpulan Karangkraf dengan kerjasama Kerajaan Selangor menyumbang naskah al-Quran kepada sekolah, tadika, pondok di Selatan Thailand pada Rabu dalam usaha menyuburkan lagi bacaan kitab suci itu dalam kalangan umat Islam di negara gajah putih ini.

"Siri pertama pada 2019 di Narathiwat dan Pattani sebanyak 500 naskah termasuk di Universiti Fatoni yang mana saya sendiri turun padang menyerahkannya.

"Siri kedua di wilayah yang sama, kita libatkan sumbangan ke masjid-masjid melalui Jabatan Agama di sini. Seterusnya pada penghujung 2023 iaitu semasa Selatan Thailand terkesan dengan banjir besar apabila banyak masjid di kawasan ini ditenggelami air sehingga menyebabkan kemusnahan al-Quran," katanya ketika ditemui di Masjid Kerisik dekat sini.

Rombongan dari Kumpulan Karangkraf dan Kerajaan Selangor tidak melepaskan peluang menunaikan solat Zohor berjemaah di Masjid Kerisik, Pattani, Thailand pada Rabu.
Rombongan dari Kumpulan Karangkraf dan Kerajaan Selangor tidak melepaskan peluang menunaikan solat Zohor berjemaah di Masjid Kerisik, Pattani, Thailand pada Rabu.

Hadir sama Exco Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Pembangunan Bandar Lestari, Kebudayaan, Adat Istiadat Melayu dan Warisan Selangor, Borhan Aman Shah dan Imam Masjid Kerisik, Mohd Nasir Wan Yahya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Muhammad Nasir berkata, kehadiran kali ini lebih bermakna apabila ia turut mendapat kerjasama kerajaan Selangor serta sumbangan al-Quran bukan semata-mata daripada Kumpulan Karangkraf tetapi orang ramai juga.

Ujarnya, sumbangan daripada orang ramai sangat digalakkan agar manfaat al-Quran dapat disebarkan ke seluruh wilayah Selatan Thailand.

Tambah beliau, dengan cara itu ia dapat membantu nasib orang Melayu di sini yang hidup dalam kedaifan dari segi ekonomi dan sebagainya.

"Kita harap dengan sumbangan al-Quran ini, mereka bukan sahaja boleh baca al-Quran tetapi pada masa yang sama memahami serta mengamalkan kitab suci tersebut.

"Selain melahirkan masyarakat Islam yang mempunyai kefahaman tentang al-Quran yang sebaik-baiknya. Malah menjadi insan usuluddin yang kita harapkan dapat membentuk sebuah budaya Islam bukan sahaja di Thailand, Malaysia, Indonesia tetapi di seluruh Nusantara," katanya.

Pelajar-pelajar pondok di Pattani, Thailand melihat naskah al-Quran yang disumbangkan kepada mereka.
Pelajar-pelajar pondok di Pattani, Thailand melihat naskah al-Quran yang disumbangkan kepada mereka.

Sementara itu, Borhan memberitahu kerajaan Selangor berterima kasih kepada Kumpulan Karangkraf di atas sumbangan naskhah al-Quran tersebut.

Menurut beliau, ia merupakan usaha yang baik apabila kunjungan sempena silang budaya di antara Selangor dan Pattani ini memberi manfaat kepada umat Islam di sini.

Ujarnya, al-Quran turut diberikan kepada kepimpinan di Narathiwat dan Pattani untuk diagihkan kepada umat Islam dengan cara ini diharap ia dapat merapatkan ukhuwah dalam kalangan Melayu di Selatan Thailand dan rakyat Malaysia khususnya Selangor.

Pelajar-pelajar di Pattani, Thailand teruja mendapat sumbangan al-Quran apabila terus memeriksa naskah yang diterima.
Pelajar-pelajar di Pattani, Thailand teruja mendapat sumbangan al-Quran apabila terus memeriksa naskah yang diterima.

Bagi Mohd Nasir yang mewakili penerima di Pattani, beliau merasa gembira dan berpuas hati dengan sumbangan al-Quran yang diberikan itu.

"Terima kasih kepada Kumpulan Karangkraf, kerajaan Selangor yang sudi datang melawat kami serta memberi sumbangan al-Quran, ia sangat bermakna," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!