Al-Quran jalan penyelesaian perbaiki keruntuhan akhlak masyarakat

Hussamuddin ketika berucap di majlis taklimat sinergi media Malaysia #QuranHour 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Rabu. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Hussamuddin ketika berucap di majlis taklimat sinergi media Malaysia #QuranHour 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Rabu. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Penerapan dan pemahaman al-Quran dalam hati adalah satu-satunya jalan penyelesaian bagi memperbaiki keruntuhan akhlak masyarakat.

Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, perkara tersebut merupakan topik yang sesuai dan bertepatan dengan tema Malaysia #QuranHour 2024 kali ini ini iaitu Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara.

Menurut beliau, media perlu memainkan peranan penting dalam memperbetulkan akhlak masyarakat memandangkan negara menghadapi masalah keruntuhan moral yang tinggi akibat maki hamun dan fitnah berleluasa di media sosial ketika ini.

“Tema jiwa merdeka tahun ini, ALLAH SWT gerakkan hati kita (media) untuk lakukan satu misi tentang apa yang berlaku sekarang (keruntuhan akhlak) dan yang boleh selesaikan masalah ini adalah dengan memahami al-Quran.

“Tugas kita meng’Quran’kan mereka (masyarakat). Bawa mereka kembali kenal agama Islam supaya akhlaknya terjaga, jadi inilah tanggungjawab kita,“ katanya ketika majlis taklimat sinergi media Malaysia #QuranHour 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Rabu.

Penganjuran kempen tersebut akan dilaksanakan dengan berpandukan surah al-Jumu’ah dan surah al-Hujurat bagi memperkukuhkan perpaduan serta keharmonian rakyat berlandaskan Rukun Negara.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Jumuah daripada qari, Ustaz Tirmizi Ali (kiri, duduk) dan penjelasan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Jumuah daripada qari, Ustaz Tirmizi Ali (kiri, duduk) dan penjelasan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR

Program yang sudah memasuki tahun ke-10 itu bakal diadakan serentak di seluruh negara dan bersiaran secara langsung dari lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 10 pagi hingga 11 pagi.

Artikel Berkaitan:

Antara wakil media terlibat ialah Sinar Harian, Astro Oasis, TV9, Bernama, TV Alhijrah, Zayan, Astro Awani, Nu Ideaktiv, IKIM FM, Denaihati.com dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku penyiar utama Malaysia #QuranHour.

Malaysia #QuranHour dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama rakan sinergi termasuk Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan penglibatan universiti tempatan.

Hussamuddin yang juga Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) memaklumkan, pihaknya berharap agar kesemua media tidak kira saluran arus perdana, digital atau penerbitan giat mempromosikan Malaysia #QuranHour tahun ini.

“Saya harap semuanya boleh ‘all-out’, gunakan media sosial masing-masing juga untuk ajak orang ramai sertai kempen ini yang hanya berlangsung satu jam sehari,“ ujar beliau lagi.

@sinarharianonline

Al-Quran jalan penyelesaian perbaiki keruntuhan akhlak masyarakat #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Khas #QuranHour #Islam #Karangkraf #HussamuddinYaacub #Akhlak #Masyarakat

original sound - Maher Zain

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!