MBSA agih makanan percuma kepada 300 pengunjung

Madiyan (tengah) mengagihkan makanan percuma kepada orang ramai pada Program Makan Percuma Peringkat MBSA Sempena Bulan Kemerdekaan Ke-67 di Gerai Fasa 1 Jalan Besar 1A/1, Bandar Baru Sungai Buloh Seksyen U20 pada Selasa.
Madiyan (tengah) mengagihkan makanan percuma kepada orang ramai pada Program Makan Percuma Peringkat MBSA Sempena Bulan Kemerdekaan Ke-67 di Gerai Fasa 1 Jalan Besar 1A/1, Bandar Baru Sungai Buloh Seksyen U20 pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengagihkan makanan percuma kepada 300 pengunjung di Gerai Fasa 1 Jalan Besar 1A/1, Bandar Baru Sungai Buloh Seksyen U20 dekat sini pada Selasa.

Pengarah Korporat dan Perhubungan Awamnya, Mohd Azhar Mohd Sharif berkata, program itu dianjurkan bersempena bulan kemerdekaan negara ke-67.

Menurut beliau, program itu mendapat kerjasama daripada pengusaha gerai makanan dan minuman terpilih di medan selera itu dengan kadar RM10 untuk seorang pengunjung.

"Program ini merupakan inisiatif pihak MBSA untuk membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan seperti pekerja industri, penjawat awam, dan penuntut institusi pengajian tinggi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Program itu disempurnakan Pemangku Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Madiyan Baweh.

Selain itu, Mohd Azhar memberitahu, program itu juga merupakan platform MBSA mendekati dan menyantuni komuniti setempat sekali gus dapat mengeratkan silaturahim dan muhibbah dalam dalam kalangan masyarakat di kawasan pentadbirannya.

Beliau berkata, pelaksanaan program itu merupakan sebahagian daripada Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) iaitu Tiada Kemiskinan (SDG 1) dan Komuniti dan Bandar Mampan (SGD 11).

"Program ini merupakan program kedua setelah diadakan buat kali pertama di Medan Selera Prima Seksyen 2, Shah Alam pada 15 Mei lalu," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!