Lelaki serang, cuba bunuh bekas teman wanita di pasar raya

Tangkap layar video insiden seorang wanita yang diserang bekas teman lelaki di sebuah pasar raya di Bagan Ajam pada Ahad lalu.
Tangkap layar video insiden seorang wanita yang diserang bekas teman lelaki di sebuah pasar raya di Bagan Ajam pada Ahad lalu.
A
A
A

KEPALA BATAS - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita diserang bekas kekasihnya yang bersenjatakan pisau dalam kejadian di sebuah pasar raya di Bagan Ajam pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada mangsa pada jam 8.45 malam yang mengadu diganggu oleh suspek yang merupakan lelaki tempatan.

Menurutnya, disebabkan insiden itu wanita berkenaan mengalami kecederaan pada jari kelingking kanan semasa bergelut dengan suspek.

"Orang awam yang menyaksikan kejadian itu bertindak membantu wanita berkenaan dan menangkap suspek.

"Suspek kemudian diserahkan kepada pasukan polis yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Anuar berkata, perintah tahanan terhadap suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah telah dipohon di Mahkamah Butterworth pada 5 Ogos lalu.

"Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun kerana melakukan ugutan jenayah.

"Suspek akan dituduh di mahkamah setelah menerima arahan dari Timbalan Pendakwa Raya," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini tular video berdurasi 1 minit 17 saat yang memaparkan insiden pergelutan antara suspek dan mangsa sebelum lelaki berkenaan berjaya ditangkap oleh orang ramai.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!