Anjing liar ganggu pengguna jalan raya sudah ditangkap

Sinar Harian melaporkan seorang wanita warga emas maut ketika cuba mengelak anjing liar di tengah jalan selepas menghantar cucunya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Silibin pada Isnin.
Sinar Harian melaporkan seorang wanita warga emas maut ketika cuba mengelak anjing liar di tengah jalan selepas menghantar cucunya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Silibin pada Isnin.
A
A
A

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengambil tindakan dengan menangkap anjing liar yang dilaporkan mengganggu pengguna jalan raya hingga meragut nyawa seorang warga emas di Jalan Pusat Perniagaan Silibin 1, Silibin di sini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, tangkapan dua ekor anjing itu dilakukan dalam operasi yang dijalankan selama dua hari bermula Selasa.

"Tidak dinafikan kawasan tersebut memang banyak anjing. Semalam kita cuba tangkap tetapi gagal dan hari ini (Rabu) kita berjaya tangkap dua ekor.

Rumaizi
Rumaizi

"Kita simpan dahulu haiwan tersebut sehingga ada pihak yang menuntut. Jika tiada, kita akan bincang dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Jasamu Dikenang MBI Tahun 2023 di Meru Raya di sini pada Rabu.

Menurut beliau, operasi tangkapan akan diteruskan berikutan kehadiran anjing terbiar itu dibimbangi akan mengancam keselamatan penduduk.

"Pada masa sama, kita akan buat siasatan terhadap dakwaan bahawa anjing-anjing tersebut mempunyai pemilik yang dibiarkan berkeliaran.

"Tetapi setakat maklumat yang diterima, anjing-anjing di kawasan kilang tersebut adalah yang dibuang dan dibiarkan. Usaha tangkapan diteruskan bagi mengurangkan kacau ganggu haiwan itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah Rumaizi, pihaknya berusaha untuk mencari jalan penyelesaian tuntas bagi membanteras masalah anjing liar.

"Isu ini ada pro dan kontra apabila ada pihak mendesak penguatkuasaan tegas dan pihak yang mahu melindunginya menyebabkan kekangan untuk ambil tindakan.

Rumaizi bergambar bersama 127 penerima pada Majlis Jasamu Dikenang MBI Tahun 2023 di Meru Raya di Ipoh.
Rumaizi bergambar bersama 127 penerima pada Majlis Jasamu Dikenang MBI Tahun 2023 di Meru Raya di Ipoh.

"Bagaimanapun kita mengalu-alukan aduan orang ramai dalam menyalurkan maklumat berhubung masalah berkaitan di tempat mereka," katanya.

Sinar Harian melaporkan seorang wanita warga emas maut ketika cuba mengelak anjing liar di tengah jalan selepas menghantar cucunya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Silibin pada Isnin.

Kejadian pada jam 7.15 itu, mangsa, Rohani Nek, 69, mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis berhampiran, kelihatan beberapa ekor anjing liar berkeliaran dan mengejar pengguna jalan raya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!