Rusuhan UK: Rakyat Malaysia dinasihati jauhi kawasan protes

Semua rakyat Malaysia yang berada di United Kingdom (UK) dinasihati berwaspada, menjauhi kawasan protes dan mengikuti perkembangan terkini diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.(Gambar hiasan) Foto AP
Semua rakyat Malaysia yang berada di United Kingdom (UK) dinasihati berwaspada, menjauhi kawasan protes dan mengikuti perkembangan terkini diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.(Gambar hiasan) Foto AP
A
A
A

PUTRAJAYA - Semua rakyat Malaysia yang berada di United Kingdom (UK) dinasihati berwaspada, menjauhi kawasan protes dan mengikuti perkembangan terkini diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.

Menerusi satu kenyataan, Wisma Putra turut menggesa rakyat Malaysia yang berada di negara itu mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.

"Langkah tersebut bagi memastikan mereka dapat dihubungi dan dibantu dengan segera sekiranya berlaku kecemasan.

"Ini juga akan membolehkan Suruhanjaya Tinggi menyediakan kemas kini dan sokongan yang diperlukan tepat pada masanya," katanya pada Rabu.

Kenyataan itu memaklumkan, bagi pengembara Malaysia yang melawat UK untuk jangka masa pendek iaitu kurang dari satu bulan, mereka perlu mendaftarkan diri menerusi email ke lonmalaysian@kln.gov.my.

"Nyatakan dalam subjek emel tarikh hari terakhir anda di UK diikuti dengan nama anda dalam format berikut YYYYMMDD NAMA.

"Contohnya 20240805 Abu Bin Ali, jika hari terakhir di UK adalah pada 5 Ogos 2024 dan nama anda ialah Abu bin Ali.

"Dalam isi kandungan emel, nyatakan nama anda dan ahli keluarga jika melancong bersama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat di UK, nombor telefon dan tempoh tinggal selain butiran waris," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Wisma Putra turut memaklumkan, mereka yang tinggal atau melawat UK lebih dari sebulan perlu mendaftarkan diri melalui aplikasi ekonsular Malaysia, atau laman sesawang https://ekonsular.kln.gov.my.

"Pelajar pula perlu mendaftarkan diri menerusi platform pendaftaran Kementerian Pengajian Tinggi https://dohe.mohe.gov.my/mydata/login," kata kenyataan itu.

Pejabat itu memaklumkan, mana-mana rakyat Malaysia di UK yang telah mendaftar dalam portal TalentCorp MyHeart dianggap telah mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia, London.

"Tiada tindakan lanjut diperlukan," katanya.

UK berdepan dengan rusuhan terburuk dalam tempoh 13 tahun sejak Selasa minggu lalu selepas tiga kanak-kanak terbunuh dalam kelas tarian bertemakan Taylor Swift di Southport, barat laut England.

Khabar angin pada mulanya tersebar di media sosial mengatakan penyerang itu adalah seorang Islam yang juga pencari suaka

Suspek kemudiannya dikenali sebagai Axel Rudakubana, 17 tahun, dilahirkan di Wales.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!