Norza lepas jawatan Presiden BAM dalam masa terdekat

Mohamad Norza
Mohamad Norza
A
A
A

TAN Sri Mohamad Norza Zakaria dikhabarkan akan melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam tempoh terdekat.

Difahamkan ia susulan kontroversi kehadiran ahli keluarganya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

"Melihat pelbagai reaksi ketika ini, perasaan saya menyatakan perlu meletakkan jawatan daripada BAM.

"Saya berharap pemimpin seterusnya dapat memperbaiki keadaan badminton negara kita," katanya kepada The Star pada Rabu.

Mohamad Norza pada Mei lalu meluahkan hasrat untuk berundur daripada memimpin badan induk badminton negara itu selepas Sukan Olimpik Paris pada Ogos.

Beliau menegaskan bahawa peranannya dalam Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan BAM dilakukan secara pro bono.

"Saya tidak menerima sebarang gaji atau elaun daripada kedua-dua pertubuhan ini.

"Saya hanya mahu membantu membawa kegemilangan dan kebanggaan kepada negara.

Artikel Berkaitan:

"Serangan terhadap keluarga saya sama sekali tidak perlu. Keluarga saya tidak wajar melalui semua ini," ujar Mohamad Norza.

Beliau sebelum ini terpalit dengan kontroversi kehadiran ahli keluarga di venue pertandingan di Paris.

Mereka turut dilihat memakai kad akreditasi, namun Mohamad Norza menjelaskan bahawa mereka memiliki kuota khas berasingan untuk membawa tetamu sendiri.

Kuota tersebut tidak menjejaskan kad akreditasi yang diperuntukkan buat kontinjen negara terdiri daripada jurulatih, atlet dan pegawai sokongan.

Kontroversi tercetus di media sosial yang berkongsi gambar Mohamad Norza bersama isteri dan anaknya memakai kad akreditasi di venue pertandingan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!