Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Pada jam 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4950/5010 berbanding dolar AS daripada 4.4725/4770 semalam. Gambar hiasan
Pada jam 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4950/5010 berbanding dolar AS daripada 4.4725/4770 semalam. Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT meneruskan aliran menurunnya, ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi global berterusan, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4950/5010 berbanding dolar AS daripada 4.4725/4770 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat, penyusutan nilai ringgit adalah penghindaran risiko kerana Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) telah mengukuh.

"Peniaga memilih mata wang selamat terutamanya dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, kita tidak terkesan dengan kemerosotan baru-baru ini kerana kedudukan ringgit nampaknya berubah-ubah manakala Timbalan Gabenor Bank of Japan Shinichi Uchida dilihat akan menurunkan kadar faedah telah menyumbang kepada peningkatan dolar AS,” katanya.

Di pasaran tempatan, Mohd Afzanizam berkata, laporan aliran dana asing menunjukkan pelabur asing adalah pembeli bersih bon dan ekuiti pada Julai.

"Ini bermakna dana asing telah beralih kepada aset Malaysia dan mereka mungkin terus berbuat demikian berdasarkan prospek pertumbuhan yang lebih baik untuk sepanjang tahun ini,” katanya.

Pada penutupan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding beberapa mata wang utama kecuali yen Jepun, ia meningkat kepada 3.0464/0509 daripada 3.0879/0914 ketika ditutup pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Unit tempatan merosot berbanding pound Britain kepada 5.7122/7199 daripada 5.6837/6894 semalam dan turun berbanding euro kepada 4.9054/9119 from 4.8799/8849 sebelum ini.

Pada masa sama, ringgit diniagkan rendah mata wang ASEAN.

Ia berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.3853/3901 daripada 3.3694/3730 pada Selasa dan menguncup berbanding baht Thailand kepada 12.5999/6230 daripada 12.5848/6024 sebelumnya.

Ringgit turut merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 280.2/280.8 daripada 276.6/277.1 semalam dan jatuh berbanding peso Filipina kepada 7.81/7.83 daripada 7.73/7.75 sebelum ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!