Kedah sedia insentif kepada Zii Jia

Sanusi (tengah) pada sidang akhbar pada Rabu.
Sanusi (tengah) pada sidang akhbar pada Rabu.
A
A
A

KERAJAN Kedah bakal menyediakan insentif kepada pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia atas kejayaan meraih pingat gangsa di Olimpik Paris 2024.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keluarga pemain kelahiran Alor Setar akan dihubungi bagi menetapkan bila ganjaran berkenaan akan diberikan.

Menurutnya, insentif tersebut masih lagi di peringkat perbincangan dan akan diberikan kepada pemain negara itu sebaik pulang ke negeri ini.

"Kita akan umumkan bila dia (Zii Jia) balik. Saya dah bincang perkara ini. Ia bergantung kepada apa (jenis insentif) yang dia mahu, tetapi selalunya kita bagi insentif tunai.

"Kami akan tunggu sehingga dia kembali. Kadang-kadang dia ada kejuaraan lain dan komitmen latihan, jadi dia tidak boleh pulang ke rumah. Ada banyak sebab,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran kontinjen Kedah yang akan bertanding di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024.

Jelas Sanusi, ganjaran juga akan diberikan kepada mana-mana anak Kedah yang berjaya meraih pingat di pentas sukan terbesar itu.

"Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (pelumba basikal trek wanita) juga berasal dari Kedah.

Artikel Berkaitan:

"Mereka semua akan mendapat insentif jika menang pingat,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!