Mat Sabu ucap tahniah atas pelantikan Yahya Sinwar

Hamas telah melantik Yahya Sinwar sebagai ketua politik baharu mereka. Foto AFP (Gambar kecil: Mohamad Sabu)
Hamas telah melantik Yahya Sinwar sebagai ketua politik baharu mereka. Foto AFP (Gambar kecil: Mohamad Sabu)
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) menzahirkan ucapan tahniah kepada Yahya Sinwar yang dilantik sebagai Ketua Biro Politik Hamas baharu.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pelantikan Sinwar itu dinobatkan sebagai satu pengiktirafan terhadap kepimpinan dan perjuangan beliau dalam mempertahankan hak serta kebebasan rakyat Palestin.

“Saya yakin dengan kepimpinan beliau, Hamas akan terus kukuh dalam usaha memperjuangkan keadilan dan keamanan untuk Palestin.

“Kami (Amanah) akan terus berdiri teguh bersama saudara-saudara di Palestin dalam menghadapi cabaran mendatang.

“Semoga saudara Yahya Sinwar diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam menjalankan amanah yang berat ini,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial, Facebook pada Rabu.

Sinwar menggantikan Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran selepas menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu Iran pada 31 Julai.

Hamas mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan di saluran Telegramnya, lapor Agensi Anadolu (AA) pada Selasa.

Hamas dan Iran telah menuduh Israel membunuh Haniyeh, namun Tel Aviv tidak mengesahkan mahupun menafikan penglibatannya.

Artikel Berkaitan:

Seorang pegawai kanan Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, pemilihan Sinwar sebagai pemimpin Hamas adalah untuk menghantar mesej yang signifikan kepada Israel dan sekutunya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!