Olimpik Paris: Saingan keirin Nurul Izzah berakhir
PENGALAMAN memisahkan pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri untuk mara ke saingan suku akhir acara keirin individu Sukan Olimpik 2024 di Paris sebentar tadi.
Ia selepas pelumba berusia 20 tahun itu menamatkan perlumbaan di tempat ketiga daripada lima pelumba dalam saringan pertama repechages di Velodrome Saint-Quentin-en-Yvelines.
Perlumbaan tersebut dimenangi pemegang rekod dunia acara pecut dari Kanada, Kelsey Mitchell, manakala pelumba Great Britain, Katy Marchant pula di tempat kedua.
Terdahulu, Nurul Izzah yang membuat penampilan kali pertama pada temasya terbesar itu mengakhiri saingan awal keirin di kedudukan keempat sekali gus terlepas peluang untuk layak secara automatik ke pusingan kedua.
Bagaimanapun pelumba yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu masih berpeluang untuk merebut pingat apabila akan turun bersaing dalam acara pecut individu wanita pada Jumaat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!