Syor penjara hingga 20 tahun pemandu mabuk

Gambar hiasan. Foto 123RF (Gambar kecil: Halim Ishak)
Gambar hiasan. Foto 123RF (Gambar kecil: Halim Ishak)
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) mencadangkan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda RM100,000 dikenakan terhadap pemandu di bawah pengaruh dadah.

Pengerusinya, Datuk Seri Halim Ishak berkata, ia berikutan cadangan kerajaan untuk meminda Seksyen 45 A Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) agar tindakan lebih tegas dilaksanakan.

Menurutnya, pengarah syarikat dan kenderaan komersial juga perlu dikenakan hukuman penjara bagi tempoh sama dan denda maksimum sebanyak RM1 juta sekiranya pemandu terlibat dengan dadah.

“Hukuman sedia ada sebelum ini tidak mencukupi iaitu hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda tidak melebihi RM30,000 untuk sabitan pertama.

“Tindakan yang diambil sebelum ini tidak cukup menyebabkan pemandu di bawah pengaruh dadah melakukan kesalahan sama secara berterusan.

“Apa juga denda dan hukuman mestilah ada impak pengajaran serta keadilan kepada mangsa atau keluarganya,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tindakan lebih tegas akan dikenakan ke atas pemandu yang berada di bawah pengaruh dadah kerana ia sama seperti menggunakan alkohol berlebihan.

Beliau berkata, pihaknya bercadang meminda Seksyen 45 A Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) bagi membolehkan pemandu menggunakan dadah dikenakan tindakan tegas.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, tambah Halim, pelaksanaan pindaan berkenaan dapat mengurangkan kemalangan sekali gus menjamin keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Ujarnya, pindaan tersebut mampu menyampaikan mesej jelas kepada pemandu lain untuk sentiasa berhati-hati ketika menggunakan jalan raya.

“Kesalahan berkenaan perlu diambil secara serius kerana boleh mengancam nyawa dan keselamatan pengguna jalan raya lain,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!