Olimpik Paris: Hanya 1kg pisahkan Aniq dengan pingat gangsa

Aniq ketika beraksi dalam acara angkat berat lelaki kategori 61kg pada Sukan Olimpik Paris 2024, di South Paris Arena 6 hari ini. Foto Bernama
Aniq ketika beraksi dalam acara angkat berat lelaki kategori 61kg pada Sukan Olimpik Paris 2024, di South Paris Arena 6 hari ini. Foto Bernama
A
A
A

[DIKEMAS KINI] IMPIAN Mohamad Aniq Kasdan untuk muncul atlet angkat berat Malaysia pertama meraih pingat di Sukan Olimpik Paris 2024 tidak kesampaian apabila hanya satu kilogram (1kg) memisahkannya dari podium.

Bagaimanapun, badang berusia 22 tahun dari Segamat yang menamatkan saingan di tempat keempat itu mencatatkan rekod baharu kebangsaan dengan angkatan keseluruhan 297kg dalam acara berlangsung di South Paris Arena 6, hari ini.

Mohamad Aniq memulakan angkatan snatch dengan bebanan 126kg pada percubaan pertama tetapi tidak dapat menyempurnakan angkatan kedua dengan bebanan 130kg, sebelum berjaya melakukannya pada percubaan terakhir untuk memperbaharui rekod kebangsaan 129kg milik Muhamad Aznil Bidin.

Ia meletakkan beliau di kedudukan keempat, manakala juara bertahan Li Fabin dari China mencatatkan rekod temasya dengan angkatan 143kg bagi snatch, iaitu 1kg mengatasi standard Olimpik untuk kedudukan teratas. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!