Hapuskan sikap fatamorgana kakitangan sektor awam

Pengambilan rasuah biasanya didorong atas sikap tamak dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengejar kemewahan dari jalan salah. Gambar kecil: Zainal Adnan Abdul Halim
Pengambilan rasuah biasanya didorong atas sikap tamak dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengejar kemewahan dari jalan salah. Gambar kecil: Zainal Adnan Abdul Halim
A
A
A

SHAH ALAM - Sikap fatamorgana yang semakin berleluasa dalam kalangan penjawat awam perlu dihentikan segera kerana ia kelihatan indah tetapi kesannya lebih banyak bersifat negatif.

Yang Dipertua Ikram Kuala Lumpur, Zainal Adnan Abdul Halim berkata, jika bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi maka, tanggungjawab perlaksanaan undang-undang oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) seharusnya memberi kesedaran kepada mereka untuk tidak terlibat dalam gejala negatif.

“Untuk memberi mesej bahawa kesalahan rasuah di kalangan pelaksana hukum merupakan satu kesalahan yang serius, maka hukuman perlu dikenakan perlu setimpal.

“Kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan hukuman lain yang lebih berat seperti pemecatan, kehilangan pencen, pengasingan (buang daerah), mendedahkan nama pesalah kepada umum dan hukuman tegas lain," katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan, masih terdapat penjawat awam yang tidak mengendahkan usaha pendidikan dan kempen kesedaran dalam membanteras jenayah rasuah.

Menurut beliau, tabiat tersebut didorong atas sikap tamak dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengejar kemewahan dari jalan salah.

“Pihak berkuasa seperti polis, agensi kastam, PBT dan badan penguatkuasaan lain diharapkan menjalankan tugas penegakan hukum kerana mereka adalah benteng pertahanan rakyat daripada individu yang tidak bertanggungjawab.

“Jika agensi kerajaan seperti badan penguat kuasa terlibat dalam kecurangan dan tidak amanah, itu adalah sesuatu yang tidak dapat dimaafkan.

Artikel Berkaitan:

“Ia seperti pepatah 'Harapkan pagar, pagar makan padi' di mana pihak yang dipercayai dan diharapkan oleh rakyat telah mengkhianati kita,” jelasnya.

Tambah beliau, gejala rasuah melibatkan dua pihak iaitu pemberi dan penerima yang memerlukan usaha gigih daripada semua pihak sekurang-kurangnya dapat melumpuhkan salah satu daripada mereka.

Katanya, menerusi tindakan tersebut sudah pasti dapat menghapuskan kegiatan tersebut secara natural.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!