Pengantin berang majlis resepsi 'sendu' gara-gara demonstrasi mahasiswa

Pasangan pengantin yang berang turut turun padang memarahi penganjuran demonstrasi. Agensi
Pasangan pengantin yang berang turut turun padang memarahi penganjuran demonstrasi. Agensi
A
A
A

MAKASSAR - Majlis perkahwinan meriah dengan kehadiran sanak saudara, sahabat handai serta tetamu undangan yang diimpikan pasangan pengantin 'musnah' gara-gara demontrasi yang dianjurkan mahasiswa.

Gara-gara demontrasi itu menyebabkan majlis resepsi perkahwinan yang diadakan di sebuah hotel 'sendu' pada Selasa.

Penganjuran protes yang berlangsung di Jalan Sultan Alauddin, Kota Makkasar itu menyebabkan kesesakan lalu lintas menyebabkan ramai tetamu undangan tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan itu.

Berang dengan situasi majlis perkahwinan lengang, pasangan pengantin yang sepatutnya duduk bersanding di pelamin turun padang memarahi peserta demontrasi.

Selain itu, keluarga pengantin turut membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Makassar, Kompol Devi Sujana berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada keluarga pengantin yang terkesan dengan demontrasi mahasiswa itu.

Terdahulu, puluhan mahasiswa ditenangkan oleh polis ketika mengadakan protes di hadapan pekarangan Universiti Islam Negeri Alauddin Makassar.

Penganjuran protes dilakukan mahasiswa sebagai tanda bantahan kepada pihak pengurusan universiti yang didakwa tidak mendukung hak dan peranan mahasiwa.

Mahasiswa turut mendakwa bahawa universiti mengabaikan prinsip kebebasan akademik. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!