Meninggal dunia ketika sujud selepas imamkan solat Maghrib

Tangkap layar video memaparkan Allahyarham meninggal dunia ketika sujud terakhir. Foto Agensi
Tangkap layar video memaparkan Allahyarham meninggal dunia ketika sujud terakhir. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Pengakhiran hayat seorang lelaki di Indonesia menjadi bualan ramai apabila dia meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat selepas Maghrib.

Dalam rakaman video tular, Allahyarham dikatakan baru sahaja selesai menjadi imam solat Maghrib di Masjid Darul Falah Kelurahan Cijoho, Kabupaten Kuningan, Jawa Barat, kemudian melakukan solat sunat selepas Maghrib.

Menurut Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Falah, Didi Taryadi, ketika sujud terakhir solat sunat berkenaan, Allahyarham secara tiba-tiba terdiam dalam sujudnya dan tidak lagi bernyawa.

"Beliau baru selesai menjadi imam solat Maghrib sehinggalah habis memimpin doa, kemudian Allahyarham melanjutkan dengan solat sunat selepas Maghrib.

"Pada masa sujud di rakaat terakhir, beliau tidak bangun-bangun lagi, hinggalah didapati sudah meninggal dunia," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Rakaman kematian Allahyarham kemudian tular dengan ramai yang mendoakan kesejahteraan buat beliau. Foto Agensi
Rakaman kematian Allahyarham kemudian tular dengan ramai yang mendoakan kesejahteraan buat beliau. Foto Agensi

Kejadian kemudian disahkan berlaku pada Ahad, Allahyarham dikenali sebagai Dedi Fauzi yang juga merupakan Imam Masjid Darul Falah Cijoho.

Allahyarham sempat dibawa ke hospital terdekat, bagaimanapun kemudiannya disahkan telah meninggal dunia.

Artikel Berkaitan:

Menurut penduduk setempat, Allahyarham dikenali sebagai seorang lelaki yang baik.

Selain menjadi imam beliau juga merupakan tenaga pengajar al-Quran kepada kanak-kanak di masjid tersebut.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak, beliau dikebumikan di tanah perkuburan Islam setempat. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!