Wanita didakwa samun warga emas

Pei Lee ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas tuduhan melakukan samun bersenjata, Disember tahun lalu.
Pei Lee ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas tuduhan melakukan samun bersenjata, Disember tahun lalu.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini terhadap tuduhan melakukan samun bersenjata, Disember tahun lalu.

Lim Pei Lee, 28, didakwa melakukan samun dengan menggunakan parang terhadap seorang warga emas dan merampas sebuah telefon bimbit jenis Vivo serta sebuah kereta Subaru di Bukit Baru sekitar jam 4.45 petang, pada 9 Disember 2019.

Dia dituduh mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Nora Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dan menetapkan sebutan pada 2 Mac depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mazuin Hasim sementara tertuduh diwakili peguam, Norfazlinda Alimat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!