Tanah Jalan Duta: Bangunan mungkin tukar milik atau kerajaan kena bayar sewa

Muka depan Sinar Harian pada Khamis
Muka depan Sinar Harian pada Khamis
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan berkemungkinan perlu membayar keuntungan mesne kepada Semantan Estate Sdn Bhd (Semantan Estate) susulan pengambilalihan tanah milik syarikat itu sejak tahun 1956.

Peguam hartanah, Mohd Norzaki Yusop berkata, jumlah bayaran tersebut dijangka berdasarkan kiraan bermula 1956 hingga 2021 yang mencecah sehingga bilion ringgit.

Menurut beliau, keuntungan mesne bermaksud penceroboh perlu membayar sewa kepada pemilik sebenar semasa menduduki sesuatu premis sebagai pampasan.

Mohd Norzaki
Mohd Norzaki

“Pada 1956 dikatakan kerajaan memperoleh kawasan tersebut dengan nilai RM1.32 juta di bawah Enakmen Pengambilan Tanah pada masa itu, bagi tujuan membangunkan kawasan tersebut (Enklaf Duta).

“Penilaian plaintif terhadap keuntungan mesne dari 1956 hingga 2021 berjumlah antara RM3.1 bilion hingga RM6.646 bilion dengan faedah mudah manakala RM13.242 bilion dengan faedah kompaun.

“Tetapi pihak kerajaan menyangkal kiraan keuntungan mesne tersebut dan hanya bersetuju dengan nilai RM290 juta,” katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

INFOGRAFIK:
Kronologi Pertikaian Tanah Jalan Duta
INFOGRAFIK: Kronologi Pertikaian Tanah Jalan Duta

Mohd Norzaki memberitahu, pihak Semantan Estate mempunyai hak untuk mengambil tindakan sekiranya kerajaan gagal menyerahkan semula tanah tersebut.

Katanya lagi, bangunan yang sedia ada mungkin akan bertukar pemilik atau kerajaan perlu membayar sewa bagi melangsungkan operasi mereka di kawasan tersebut.

“Bagi pandangan saya, sekiranya kerajaan gagal menyerahkan tanah itu semula, Semantan Estate akan mendapatkan perintah daripada mahkamah,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!