Pas persoal DAP tidak bantu kempen BN di Nenggiri

Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim
A
A
A

GUA MUSANG - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan tindakan DAP tidak turun membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

"Pasal apa tak mari, orang Sungai Terah nak kenal DAP.

"DAP ini tiada semangat setiakawan. Kawan tengah susah ketika ini mari pun tidak," katanya semasa berceramah di Unit Daerah Mengundi (UDM) Sungai Terah di sini pada Rabu malam.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, DAP tidak menerima undangan daripada Barisan Nasional (BN) untuk membantu berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, parti itu akan hanya turun membantu BN berkempen sekiranya dijemput hadir.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan keperluan DAP turun berkempen membantu calon BN pada PRK Nenggiri adalah tidak terlalu mendesak.

Ini kerana katanya, ia memandangkan majoriti pengundi di kawasan tersebut terdiri daripada Melayu.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, DAP tidak menerima undangan daripada Barisan Nasional (BN) untuk membantu berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.
Sinar Harian pada Selasa melaporkan, DAP tidak menerima undangan daripada Barisan Nasional (BN) untuk membantu berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

Artikel Berkaitan:

Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri hanya mempunyai 35 orang pengundi Cina.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim berkata, Pas sentiasa membantu gerak kerja jenteranya pada PRK Nenggiri.

Ujarnya, secara umum kempimpinan tertinggi Pas berpuas hati dengan gerak kerja yang dilakukan tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!