[VIDEO] PDRM siasat kilang e-waste haram - KPN

A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan untuk menyiasat lebih lanjut berkenaan kilang-kilang sampah elektronik atau e-waste yang beroperasi haram di dalam negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pasukan yang diketuai Ketua Pasukan AMLA, Datuk Muhammed Hasbullah Ali kini sedang melaksanakan tindakan mengikut fasa di seluruh negara.

Razarudin
Razarudin

"Kita mengambil serius laporan membabitkan dakwaan kilang-kilang haram ini.

"Tindakan sedang dijalankan termasuk sitaan, rampasan dan penahanan individu untuk siasatan lanjut polis," katanya kepada Sinar Harian

Tegasnya, siasatan dijalankan secara menyeluruh termasuk mengesan modus operandi, rangkaian, pemilik selain pihak berkaitan yang bersekongkol dengan kegiatan haram ini.

Jelasnya, seperti yang diketahui, pengoperasian kilang-kilang haram e-waste boleh mengakibatkan pencemaran dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

Laporan eksklusif Sinar Harian pada Selasa berkait isu kilang e-waste.
Laporan eksklusif Sinar Harian pada Selasa berkait isu kilang e-waste.

"Jadi, tindakan diambil dengan serius dalam usaha PDRM menangani isu ini," ujarnya.

Pada Selasa, Sinar Harian menerusi laporan eksklusif melaporkan aktiviti kilang haram di Segamat, Johor yang dipercayai beroperasi melerai, memproses dan melebur sampah e-waste diseludup tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan.

Kilang kitar semula barang terpakai itu disyaki beroperasi tanpa permit atau lesen sah daripada JAS bagi menguruskan keseluruhan proses barangan e-waste.

Selain itu, temu bual Sinar Harian dengan penduduk juga mendakwa mereka berdepan dengan pencemaran bau pada waktu malam disyaki akibat proses peleburan sisa e-waste.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!