PRK Nenggiri: Bersatu akui sukar pilih calon bertanding

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

GUA MUSANG - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengakui mereka berdepan kesukaran untuk mencari dan memilih calon bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Naib Presidennya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, setiap keputusan dilakukan dengan penuh cemerlang kerana Bersatu tidak mahu sejarah berulang kembali.

"Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Calon Bersatu bertanggungjawab memilih calon. Dalam banyak-banyak, ada seorang calon yang memenuhi ciri-ciri, namun dia orang Pas.

"Nenggiri adalah kerusi Bersatu. Jadi saya katakan kepada Pas, boleh bagi ke Mohd Rizwadi Ismail kepada kami dan jadi ahli Bersatu sebelum ia dipersetujui," katanya ketika menyampaikan ceramah umum di Unit Daerah Mengundi (UDM) Sungai Terah dekat sini pada Rabu malam.

Menurut beliau, selepas mencapai kata sepakat Mohd Rizwadi diumumkan sebagai calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional (PN) yang bertanding menggunakan logo Pas.

Ujarnya, Mohd Rizwadi yang juga bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dianggap calon terbaik dan cukup pakej.

Radzi memberitahu, pengalaman sebagai bekas anggota TLDM, aktif berdakwah dan kerja kemasyarakatan adalah pakej yang hebat jika dibandingkan dengan pihak lawan.

Tambah beliau, keluasan DUN Nenggiri ibarat seperti Perlis dan sudah tentu memerlukan calon yang terbaik dari segi usia, keupayaan, kekuatan mental dan penerimaan rakyat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!