Terjunan Gibson dapat markah 0.0

Kaki Gibson terkena papan anjal menyebabkan dia gagal melakukan terjunan sempurna.
Kaki Gibson terkena papan anjal menyebabkan dia gagal melakukan terjunan sempurna.
A
A
A

ATLET Amerika, Alison Gibson mungkin mahu melupakan detik pahit dalam pertandingan 3 meter papan anjal Olimpik selepas mencatat markah 0.0 dalam rutin terjunannya.

Bertanding dalam Olimpik keduanya, Gibson dalam misinya untuk memastikan tempat di separuh akhir acara tersebut.

Bagaimanapun, kempennya itu bermula teruk apabila dia mengalami detik memalukan dengan terjunan pertamanya dalam acara awal itu.

Mencuba tahap kesukaran 2.5 somersaults dalam kedudukan pike, kaki Gibson terkena papan anjal dan gagal melakukan terjunan sempurna sehingga diberikan markah 0.0 oleh juri.

"Tumit kaki saya terkena papan anjal. Kaki saya luka tetapi saya bertekad untuk meneruskannya.

"Saya berada dalam kesakitan. Tetapi satu perkara yang saya katakan ialah saya berharap sesiapa sahaja yang menonton dapat melihat bagaimana rupanya untuk bangun dan teruskan walaupun keadaan tidak berjalan seperti yang anda mahukan," katanya.

Walaupun selepas insiden itu dia dapat melakukan lompatan lebih baik, namun dia mengakhiri saingan di kedudukan tercorot dengan 198.3 mata.

"Jelas sekali, hari ini tidak berjalan seperti yang saya mahukan.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi saya fikir boleh belajar dan berkembang daripada setiap pengalaman, dan saya benar-benar berharap bahawa generasi atlet akan datang menyedari bahawa walaupun dalam saat-saat paling teruk, anda boleh terus berjuang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!