[VIDEO] Pengasuh direman kes kematian kanak-kanak dua tahun

A
A
A

IPOH - Pengasuh yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun akibat kecederaan di kepala pada Rabu direman selama enam hari.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan dalam prosiding permohonan reman di Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis.

Tempoh reman berlangsung sehingga Selasa depan itu bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Pengasuh kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di kepala selepas terjatuh di rumahnya direman enam hari.
Pengasuh kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di kepala selepas terjatuh di rumahnya direman enam hari.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan seorang wanita berusia 30 tahun itu selepas hasil bedah siasat mendapati mangsa maut disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul.

Polis Daerah Ipoh pada Isnin menerima satu laporan daripada bapa kanak-kanak berusia 26 tahun yang memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri selepas jatuh di atas lantai di rumah pengasuh.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaan lanjut namun dia disahkan meninggal dunia jam 11.10 malam pada Selasa.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!