Pertikaian tanah Jalan Duta

No Image Caption
A
A
A
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu membenarkan permohonan pelikuidasi syarikat Semantan Estate (1952) Sdn Bhd untuk mendapatkan semula tanah di Jalan Tuanku Abdul Halim (sebelum ini dikenali Jalan Duta) yang menempatkan beberapa kompleks bangunan kerajaan kepada syarikat berkenaan.

Keputusan itu membabitkan pengembalikan tanah seluas 106.542 hektar yang dikenali sebagai 'Duta Enclave' kepada pemilik asal syarikat (Semantan Estate), yang menempatkan antaranya bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Arkib Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan.
Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!