Wanita ditolak suami ke gaung retak tulang belakang

Wanita yang didakwa jatuh akibat ditolak suaminya ke dalam gaung sedalam 10 meter di Kilometer 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada Sabtu mengalami kecederaan pada tulang belakang.
Wanita yang didakwa jatuh akibat ditolak suaminya ke dalam gaung sedalam 10 meter di Kilometer 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada Sabtu mengalami kecederaan pada tulang belakang.
A
A
A

SHAH ALAM - Wanita yang didakwa jatuh akibat ditolak suaminya ke dalam gaung sedalam 10 meter di Kilometer 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada Sabtu mengalami kecederaan pada tulang belakang pada ruas L1 dan L4.

Rakan kepada abang mangsa, Ustaz Affendy Mohamad berkata, dia tidak dapat mendedahkan butiran secara terperinci memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan polis.

Ujar Affendy, abang mangsa bagaimanapun bersyukur kerana adiknya tidak berhadapan dengan ancaman binatang buas sepanjang jatuh dalam gaung berkenaan.

“Saya diberitahu abang mangsa, bahagian tulang belakang tersebut mungkin retak. Tidak pasti apa yang dimaksudkan, ia retak dan hancur.

"Manakala kedalaman gaung itu bersamaan kira-kira tiga tingkat bangunan.

“Menurut abangnya, rezeki adiknya adalah beliau tidak dibaham binatang buas. Ia adalah perkara yang sangat disyukuri,” katanya dalam satu temubual bersama Mingguan Wanita menerusi platform TikTok pada Sabtu.

Sebelum ini, seorang lelaki ditahan selepas disyaki memukul, mencekik dan menolak isterinya ke dalam gaung dalam satu kejadian di Kilometer 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada 27 Julai tahun ini.

Seorang peniaga yang ditahan kerana didakwa menyerang, mencekik dan menolak isterinya ke dalam gaung di KM31.2 Lebuhraya Timur-Barat (JRTB) antara Gerik dan Jeli, Perak pada 27 Julai lalu, direman tujuh hari.
Seorang peniaga yang ditahan kerana didakwa menyerang, mencekik dan menolak isterinya ke dalam gaung di KM31.2 Lebuhraya Timur-Barat (JRTB) antara Gerik dan Jeli, Perak pada 27 Julai lalu, direman tujuh hari.

Artikel Berkaitan:

Lelaki berusia 39 tahun itu diberkas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, Kedah pada Rabu selepas polis menerima laporan daripada mangsa.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, dalam kejadian itu, mangsa berusia 32 tahun dijumpai orang awam dalam keadaan berseorangan di tepi jalan sekitar jam 2 petang.

Dalam pada itu, menurut Affendy, sudah menjadi kebiasaan untuk pengguna Lebuh Raya Timur-Barat bertembung dengan haiwan-haiwan liar di kawasan tersebut terutamanya pada awal pagi dan lewat malam, iaitu ketika spesis berkenaan mencari makan.

"Jika dilihat pada kronologi yang dikongsikan media, pukul 5 pagi mangsa ditolak suami dan pada jam 2 petang, mangsa naik (dari gaung) untuk meminta pertolongan atau dijumpai orang awam. Ia lebih kurang sembilan jam.

"Saya juga tidak bertanya lebih sama ada mangsa pengsan selepas terjatuh atau terjatuh dalam keadaan sedar dan berusaha untuk naik ke bahu jalan.

"Bayangkan jatuh pada jam 5 pagi dan jatuh pula ke dalam gaung. Saya diberitahu abangnya, kronologi yang dikongsikan di media dengan apa yang sebenar berlaku adalah berbeza. Realitinya ia lebih teruk,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!