Selatan Thailand selamat, elak keluar selepas jam 10 malam

Ahmad Fahmi (dua, kanan) bersama Muhammad Nasir (dua, kiri) beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Program Silang Budaya yang diadakan di Pattani, Thailand.
Ahmad Fahmi (dua, kanan) bersama Muhammad Nasir (dua, kiri) beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Program Silang Budaya yang diadakan di Pattani, Thailand.
A
A
A

PATTANI, THAILAND - Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menegaskan wilayah Selatan Thailand selamat untuk dikunjungi pelancong dari Malaysia.

Beliau bagaimanapun, menasihatkan supaya rakyat Malaysia menghadkan pergerakan dengan tidak keluar selepas jam 10 malam waktu tempatan.

"Tindakan itu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Keselamatan di sini masih terkawal dan berada ditahap terbaik. Terutamanya kawasan bandar serta pelancongan," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada Program Silang Budaya yang diadakan di sini pada Khamis malam.

Hadir sama ialah, Gabenor Pattani, Pateemoh Sadeeyamu, Exco Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Pembangunan Bandar Lestari, Kebudayaan, Adat Istiadat Melayu dan Warisan Selangor, Borhan Aman Shah dan Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Ahmad Fahmi (kiri) bersama Borhan (dua, kiri) dan Pateemoh (dua, kanan) semasa Program Silang Budaya yang diadakan di Pattani, Thailand.
Ahmad Fahmi (kiri) bersama Borhan (dua, kiri) dan Pateemoh (dua, kanan) semasa Program Silang Budaya yang diadakan di Pattani, Thailand.

Menurut beliau, pada masa sama beliau menasihatkan pelancong Malaysia supaya tidak berkunjung ke kawasan luar bandar dan pedalaman.

Ujarnya, kebanyakan kejadian yang tidak diingini berlaku di kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Lokasi pelancongan masih selamat, jadi tidak perlu risau dan takut," katanya.

Sementara itu, Ahmad Fahmi memberitahu, rakyat dari Malaysia dinasihatkan supaya mengambil insuran kesihatan sepanjang melancong di sini.

Menurut beliau, langkah itu bagi memudahkan urusan jika diserang sakit dan ingin mendapat rawatan di negara ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!