[VIDEO] 'Keldai akaun' terima upah RM200 hingga RM500

A
A
A

KOTA KINABALU - 'Keldai akaun' hanya diberi upah antara RM200 hingga RM500 untuk akaun bank mereka disewa bagi menjalankan aktiviti penipuan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, untuk sepanjang tempoh Mei hingga Julai Bahagian Komersial Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu telah membuka sebanyak 302 kertas siasatan melibatkan kerugian RM37.762 juta di mana terdapat 203 kes merupakan penipuan atas talian yang melibatkan kerugian RM8.151 juta.

"Dalam tempoh ini, terdapat individu dijadikan keldai akaun iaitu sebagai pihak ketiga di mana mereka ini pun mangsa. Mangsa-mangsa dalam penipuan atas talian, ada juga keldai akaun yang menyewakan kad mereka kepada sindiket yang membuat penipuan dengan memasukkan wang hasil penipuan ke dalam pemilik keldai akaun.

"Biasanya untuk sewaaan mereka diberi RM200, ada RM500 untuk pembayaran sekali saja. Bila ditangkap, mereka juga akan didakwa," katanya dalam sidang akhbar di IPD Kota Kinabalu, di sini, pada Khamis.

Kasim (tengah) ketika dalam sidang akhbar di IPD Kota Kinabalu.
Kasim (tengah) ketika dalam sidang akhbar di IPD Kota Kinabalu.

Beliau turut mendedahkan, keldai akaun terdiri daripada individu biasa termasuk pelajar sekolah yang memang diketahui memerlukan wang.

"Mereka ini orang biasa saja, ada juga pelajar yang memerlukan wang dan bila ditawarkan, mereka terima. Mereka pun tak faham dan tahu mengenai kesalahan menggunakan akaun digunakan pihak lain.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!