'Lihat isu dari mata burung, bukan bawah tempurung' - Datuk Bandar KL

Kamarulzaman (lima dari kanan) bergambar bersama pengamal media di Majlis Malam Media 2024 pada Rabu.
Kamarulzaman (lima dari kanan) bergambar bersama pengamal media di Majlis Malam Media 2024 pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Media dinasihatkan melihat sesuatu isu dari mata si burung dan bukannya dari bawah tempurung.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh berkata, media memainkan peranan penting dan memberi sumbangan kepada proses membina negara.

Menurutnya, dalam mencari sensasi dan viraliti, etika kewartawanan berpaksi kepada kebenaran, jujur dan saksama perlu dipegang teguh.

"DBKL sentiasa terbuka dalam menerima segala kritikan, komen, pandangan atau teguran yang boleh dijadikan sandaran dalam

menambah baik perkhidmatan.

"Bagaimanapun, keterbukaan ini juga menuntut agar rakan-rakan media turut melihat sesuatu isu itu daripada perspektif DBKL sebagai pentadbir bandar yang saksama," katanya berucap di Majlis Malam Media 2024 pada Rabu.

Beliau berkata, DBKL sentiasa berusaha untuk menangani persepsi negatif dan salah faham dalam mengendalikan isu-isu kritikal berkaitan perancangan bandar, kebersihan, kesihatan, penguatkuasaan, penyediaan infrastruktur termasuk pembangunan sosio ekonomi.

"Sudah pasti dalam proses ini ada pihak yang akan terkesan, namun maslahat terbanyak sentiasa menjadi keutamaan DBKL.

Artikel Berkaitan:

"Dalam soal ini, saya sentiasa berharap agar rakan-rakan media akan senada dengan DBKL, melihat isu dari mata si burung dan bukannya dari bawah tempurung," katanya

Kamarulzaman berkata, banyak pihak berkepentingan perlu didengari dan ramai rakan kongsi turut memikul tanggungjawab mentadbir bandar raya.

"DBKL sentiasa berusaha untuk berasimilasi dengan pihak media menerusi saluran media tradisional, media elektronik dan media sosial termasuk portal media.

"Menerusi pemantauan media yang dilaksanakan setiap hari, segala ulasan dan isu yang dibangkitkan mengenai DBKL sentiasa

diikuti, diperhalusi dan seterusnya diatur tindakan susulan oleh DBKL, " katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!